Thursday, July 19, 2012

BISKUT SEMPERIT




bahan ( 100 biji)

250 gram butter( Buttercup )
50 gram gula aising
1 penutup esen vanilla
1 peket tepung kastard cap bunga merah/kings
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kfc kuning telur
ceri

cara
1. Campurkan semua bahan kecuali tepung kastad dan gaul rata.

2. Masukkan tepung kastad dan gaul lagi.

3. Samperitkan adunan dengan acuan samperit dan hias dengan ceri 
     yang dipotong kecil2.

4. Bakar dalam oven suhu 170 C selam 10 hingga 15 minit.



sumber: HaiDa RifQi


Saturday, June 23, 2012

Petua Untuk Merampingkan Badan



1. Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif di pejabat atau rumah, cubalah naik dan turun dengan tangga.

2. Minum air kosong lapan gelas sehari. Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan.

3. Sarapan setiap pagi usah diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

4. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.

5. Jangan makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.

6. Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.

7. Tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40 peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari.

8. Senaman yang sesuai mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap kali bangun di waktu pagi. Apabila bangun pagi, rajinkan tangan membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan.

9. Jangan berlapar. Makanan memberi anda tenaga dan apabila anda menggunakan tenaga kurang daripada apa yang anda ambil, tubuh akan terkejut. Bila anda tidak tahan berlapar, anda akan makan dengan lebih banyak.

10. Amalkan yang pahit. Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini tekak akan berasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

11. Elakkan minuman bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 7 hingga 8 sudu gula dan ia tidak baik untuk kesihatan tubuh.

12. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat badan disebabkan air.

13. Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, orang yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding orang yang mengambilnya. Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

14. Makan Perlahan-lahan. Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Sebab, apabila anda makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

15. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan, kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

16. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit, daripada makan hanya sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

17. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa “mint” atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

18. Kurangkan pengambilan marjerin atau mentega dalam makanan anda.
20. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren. Ini kerana, minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

19. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat dan kandungan lemak yang rendah.

20. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.


21. Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili atau biji sawi, boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

22. Banyakkan bijiran dan kekacang. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

23. Tumpukan perhatian anda untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

24. Cara memasak paling baik untuk mengurangkan jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan

Monday, June 4, 2012

Gulai ikan kerapu kering dengan nanas

Bahan- bahan
10 keping ikan kerapu kering direndam dalam air biasa selama 6 jam.
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
1 sudu teh serbuk cili
sedikit gula melaka
1 sudu teh garam
100 gram santan segera
2 cawan air biasa
beberapa keping nanas

cara-cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit, serbuk cili dengan 2 cawan air biasa.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Tambah garam, gula, santan segera dan kacau sehingga mendidih.
3. Apabila mendidih bolehlah dimasukkan ikan kerapu kering dan nanas. Biarkan mendidih agar ikan & nanas mesra dengan kuahnya.

SELAMAT MENCUBA

Sambal mangga Kelate

Bahan-bahan
1 biji mangga muda
5 biji cili api(kalau mahu pedas tambah lagi cili apinya)
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 ekor ikan selayang @ basung dibersihkan, direbus & dibuang tulang.

Cara-cara
1. Kupas kulit mangga. Hiris nipis.
2. Tumbuk cili api, garam, gula hingga lumat. Masukkan mangga & tumbuk lagi. Jangan terlampau lumat.
3. Masukkan ikan & tumbuk sikit-sikit sahaja. Sedap dimakan dengan nasi panas @ ratah begitu sahaja.

SELAMAT MENCUBA

Saturday, June 2, 2012

Pizza Hawaian Chicken


Bahan-bahan
roti pizza
500 gram bread flour
1 paket yis Mauripan
1 sudu teh garam halus
3 sudu teh minyak masak/minyak jagung/minyak bunga matahari/minyak zaitun
250ml air biasa

topping pizza
suku dada ayam dipotong dadu.
sedikit halia
1 ulas bawang putih
setengah biji bawang besar saiz kecil dipotong dadu
2 sudu besar nanas dalam tin
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar oregano
sudu besar serbuk lada sulah
setengah sudu teh garam halus
3 potong filamen ketam dipotong pendek2
3 biji cendawan butang dalam tin dihiris nipis
3 batang sosej dipotong menyerong
keju mozzarela secukupnya.
1 sudu besar minyak untuk menumis
cara
1. Tumis bawang putih & halia yang dikisar.
2. masukkan ayam,cendawan butang, nanas, lada hitam  & setengah sudu garam.
3. Apabila ayam warna putih, angkatlah. Jangan masak lama-lama.


cara-cara
1.Bancuh yis dengan air & kacau rata.
2.Gaul tepung roti & garam hingga sekata. Masukkan air yis sedikit demi sedikit & uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Lagi lama lagi bagus. Tutup dengan kain sehingga naik sekali ganda.


3. Apabila telah naik sekali ganda, bahagikan kepada 5 bahagian yang sama besar.

4. Canai doh seperti  lempeng.

5. Lengserkan loyang dengan marjerin, letakkan roti pizza & cucuk2kan dengan garfu.

6.Lumurkan roti dengan sos tomato, sos cili & oregano.


7. Taburkan ayam, bawang besar, cendawan butang, nanas, filamen ketam. Sepatutnya ayam dimasak setengah masak bersama halia & bawang putih. kalau masukkan ayam mentah, pizza akan banjir sebab air ayam.

8. Taburkan keju mozzarela. Sebenarnya lagi banyak lagi sedap. Memandangkan keju ini mahal pandai-pandailah kalau mahu jimat. Biasanya 250g keju cukup untuk 5 biji pizza.


9. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 darjah Celsius.

SELAMAT MENCUBA


Sunday, May 27, 2012

Jeruk Mangga


Bahan-bahan
mangga muda
gula 
garam 
air biasa
air masak

Cara-cara
1. Beberapa biji mangga dikupas kulit.


2. Potong secara memanjang.



3. Cuci , toskan dan rendam dalam air garam secara tenggelam. Kuantiti garamnya sehingga air garam terasa masin. Tutup dan biarkan selama 24 jam.


4. Toskan mangga yang direndam dalam air garam. Tidak perlu dicuci dengan air. Bancuhkan gula dengan air masak yang sejuk. Agak-agaklah kuantiti gula dan airnya. Biasanya air gula itu agak likat untuk mendapatkan rasa manis yang bersesuaian. Simpan dalam bekas tetutup selama 2 hari dalam peti ais sebelum dimakan. 



SELAMAT MENCUBA


Friday, May 4, 2012

KUIH CARA JAGUNG
 

Bahan - bahan
2 cawan tepung gandum
suku cawan susu cair
setengah sudu teh garam
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar planta
3 sudu besar jagung dalam tin
sedikit minyak masak
gula untuk inti

Cara-cara
1. Bancuh tepung gandum bersama air, jagung, susu cair, garam, planta dan telur.
2. Kisar adunan dengan blender.
3. Panaskan acuan cara atau acuan bahulu cermai. Gunakan api yang kecil.
4. lengser acuan dengan minyak dan tuangkan adunan ke dalam acuan.
5. Masukkan setengah sudu kecil gula ke dalam setiap bunga acuan dan tutup dengan tudungnya @ tudung periuk.
6. Apabila sudah masak, angkatlah dan ulangi langkah 4 dan seterusnya sehingga adunan habis.

selamat mencuba

Sunday, April 29, 2012

KEK MARBLE


Bahan - bahan
250 gram vanilla sponge mix
4 biji telur gred B
1/4 cawan susu cair
75 gram mentega yang dicairkan
setengah sudu teh esen vanilla
3 sudu kecil penuh serbuk koko Tudor

Cara - cara
1. Cairkan mentega dengan api yang kecil dan ketepikan.
2. Campurkan vanilla sponge mix, susu cair, dan telur dan pukul hingga gebu.(saya guna mixer kenwood no.3 selama 10 minit)
3. Kemudian masukkan mentega dan kaup balikkan sahaja.
4. bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampurkan dengan serbuk koko. 1 lagi tak campur apa-apa.
5. Ambil 2 senduk bahagian koko dan letakkan di tengah-tengah loyang telah disapu dengan mentega dan dilapik dengan baking paper. Kemudian ambil 2 senduk bahagian 1 lagi  dan tindan di atas bahagian koko tadi. Selang-selikan adunan sehingga habis.
6.Bakar pada suhu 180 C selama 40 minit.

selamat mencuba

Saturday, April 28, 2012

Sup Tulang Seladang





Bahan - bahan

1 kg tulang seladang
2 biji buah keras ditumbuk halus
1 sudu besar biji jintan manis ditumbuk halus
1 sudu besar biji ketumbar ditumbuk halus
5 biji bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
setengah labu bawang besar dimayang
2 inci halia diketuk
1 batang serai diketuk
1 paket sup bunjut tulang adabi (dalamnya sudah ada bunga lawang, cengkih, pelaga dan kulit kayu manis)
2 sudu minyak masak untuk menumis
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit ajinomoto @ 2 sudu besar stok ayan pekat maggi (pilihan)

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang,bunga lawang, cengkih, pelaga dan kulit kayu mans .
2. Apabila bawang kekuningan, masukkan bahan yang ditumbuk.
3. Masukkan secawan air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan tulang, halia, serai, sup bunjut, gula dan air(banyaknya sehingga menenggelamkan tulang)
5. Biarkan mendidih sehingga dagingnya empuk.
6. Masukkan garam, ajinomoto @ stok ayam.
7. Hidangkan bersama bawang goreng, hirisan daun sup. dan daun bawang.

Selamat mencuba
Kuih cara

Bahan - bahan

2 cawan tepung gandum
suku cawan susu cair
setengah sudu teh garam
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar planta
7 helai daun pandan saiz sederhana
sedikit minyak masak
gula untuk inti

Cara-cara

1. Daun pandan dipotong dan dikisar bersama 2 cawan air dan ditapis.
2. Bancuh tepung gandum bersama air daun pandan, susu cair, garam, planta dan telur.
3. Tapis adunan.
4. Panaskan acuan cara atau acuan bahulu cermai. Gunakan api yang kecil.
5. lengser acuan dengan minyak dan tuangkan adunan ke dalam acuan.
6. Masukkan setengah sudu kecil gula ke dalam setiap bunga acuan dan tutup dengan tudungnya @ tudung
    periuk.
7. Apabila sudah masak, angkatlah dan ulangi langkah 5 dan seterusnya sehingga adunan habis.

selamat mencuba

Saturday, October 1, 2011

Kari Tulang Rusa @ Payau


Bahan
Setengah kilo tulang rusa (direbus dalam periuk selama 30 minit bersama air & 1 batang serai)
10 ulas bawang merah saiz sederhana( 7 ulas dimayang & 3 ulas diblend)
7 ulas bawang putih(4 ulas dimayang & 3 ulas diblend)
halia sebesar ibu jari kaki ( separuh dimayang & separuh diblend)
3 sudu besar serbuk kari daging Adabi @ Faiza
2 biji bawang besar bombay saiz sederhana (diblend)
lengkuas sebesar ibu jari (dihiris nipis)
sedikit gula melaka
garam secukup rasa
sedikit asam jawa
3 sudu minyak masak untuk menumis
1 cawan santan segera segar

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak & tumis bawang merah, bawang putih & halia yang dmayang.
2. Apabila agak garing masukkan bawang merah,bawang putih, halia & bawang besar yg diblend.
3. Setelah agak garing, masukkan serbuk kari & gaul bersama bahan tumisan & masukkan 2 cawan air.
4. Biarkan mendidih selama 10 minit.
5. Masukkan tulang dan gaul rata & masukkan air sehingga tulang tenggelam. Jangan masukkan air rebusan tulang kerana banyak lemak & minyak.
6. Biarkan mendidih & masukkan gula melaka & lengkuas.Tutup periuk.
7. Apabila daging agak empuk, masukkan santan. Sekiranya kuah agak kering, tambahakan air sehingga tulang tenggelam.
8. Masukkan asam jawa & perasakan garam.

* boleh masukkan 1 helai daun pandan yg dicarik2 utk mewangikan kari.
* boleh guna tulang lembu @ kerbau @ kijang

Friday, August 19, 2011

Nasi Ayam Cik Liza


Nasi ayam( untuk 5 orang)

Sup
Bahan-bahan
3 keping sukuan belakang ayam
halia sebesar ibu kaki - diketuk
5 ulas bawang putih - diketuk & dicincang halus
1 batang serai - dititik
10 cawan air
2 sudu kecil KFC gula
3 sudu kecil KFC garam(lebihkan kalau anda suka masin)

cara-cara
1. Ayam dibuang kulit & dibersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali garam ke dalam periuk & didihkan.dengan api sederhana.
3. Kemudian masukkan garam. Apabila ayam telah masak & empuk keluarkan ayam & toskan.

Ayam
3 keping sukuan belakang ayam yang telah direbus.
3 sudu besar sos tiram
minyak untuk gorengan tenggelam

Cara-cara
1. Lumurkan ayam dengan sos tiram.
2. Perap sekurang-kurangnya 2 jam.
3. Goreng & ayam agak kekuningan bolehlah diangkat.
4. Potong ikut suka hati & siram sos kicap di atas ayam.

sos kicap
3 ulas bawang putih - dicincang halus.
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis - kuantitinya boleh lebih
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar tepung jagung - dicampur dengan sedikit air-utk memekatkan sos
1 sudu beasr minyak masak
2 cawan air biasa

Cara-cara
1. Panaskan minyak & tumis bawang putih hingga garing.
2. Masukkan semua bahan kecuali tepung jagung & didihkan selama 10 minit.
3. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.

Sos Cili
Bahan-bahan
3 biji cili merah
10 biji cili api - lebihkan kalau suka pedas menyengat
1 biji tomato saiz besar - buang kulit & biji
3 ulas bawang putih
3 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam
1 cawan air
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara
1. Kisar halus cili merah, cili api, tomato, bawang putih & air.
2. Panaskan minyak & tumis bahan kisar hingga mendidih.
3. Masukkan gula & garam.

Nasi
Bahan-bahan
5 cawan beras basmathi - bersih & toskan
setengah labu bawang besar saiz besar
5 ulas bawang putih 
halia sebesar ibu kaki - diketuk
1 batang serai - dititik
1 halai daun pandan - disiat & dismpul
2 sudu besar stok ayam pekat
2 sudu besar marjerin lembut naturel/minyak sapi

Cara-cara
1.Panaskan kuali & masukkan marjerin.
2.Tumis bahan kisar, daun pandan, halia  & serai sehingga bahan kisar garing.
3.Masukkan beras & gaul rata.
4.Masukkan beras ke dalam rice cooker & tambahkan 6 cawan air rebusan ayam, stok ayam& tanak sehingga masak.


Sayur
salad
1 biji timun - dibuang kulit & dihiris nipis
1 biji tomato - dipotong bulat & nipis





Kuih Beko


Kuih Beko
Kuih tradisi Kelaantan. Juga manis & lemak. Sangat senang dimasak. Resepi diubah suai daripada adrianie@myresepi.com.

Bahan-bahan
  • 3 cawan kelapa parut muda (beli di pasar)
  • 2 cawan tepung pulut
  • setengah cawan gula pasir(kalau suka manis boleh lebihkan)
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu KFC garam
  • 2 biji telur
Cara-cara
  1. Masak gula bersama air dan daun pandan sehingga larut
  2. Gaul ke semua bahan.
  3. Sudukan ke dalam acuan cara @ bahulu cermai @ acuan muffin
  4. Bakar di atas api dapur gas(api kecil). Kemudian agak kekuningan, bakar dalam oven agar permukaan atasnya garing.
    5. Boleh juga dibakar dalam acuan tembaga dengan api sabut kelapa.

*saya gunakan acuan muffin

Kuih Akok


Kuih Akok
Kuih tradisional orang Kelate. Manis & lemak. Agak lama sudah mencari resepi kuih ini. Akhirnya ketemu jua dalam myresepi oleh zaliana@myresepi.com. Namun begitu, kuantiti bahan-bahan diubah suai untuk kesesuaian rasa seorang perantau dari Kelate yang tidak gemar manissss tersangat.

Bahan 

  • 5 biji telur(gred A)
  • 1 cawan pati santan
  • 1 cawan  air biasa
  • 1 cawan gula melaka( sederhana pekat)
  • setengah cawan tepung gandum
  • 1 helai daun pandan- disiat-siat
  • 1 sudu KFC garam halus(saya guna jenama Halal Gel)
Cara-cara
  1. Masak air bersama daun pandan hingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan gula melaka, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
  3. Panaskan acuan baulu cermai di atas api dapur gas(api kecil). Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.Kuih ini boleh juga dibakar dalam oven.
  4. Isi penuh acuan. Tutup dengan tudung periuk dan bakar sehingga masak. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan daripada acuan kuih ini akan sedikit mengecut. 
*Lagi bagus sekiranya anda menggunakan acuan bahulu yg diperbuat daripada tembaga & dibakar dengan sabut kelapa menggunakan api atas & bawah. Bau asap sabut kelapa menjadikan rasanya lebih asli.

Friday, August 12, 2011

Solok Lada


5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan kelapa muda putih yg dimesin(beli di pasar)
1 cawan isi ikan tenggiri(boleh guna lain-lain jenis ikan)
10 biji cili hijau
Setengah cawan air biasa
Garam
Gula

Cara-cara
1. Kisar semua bahan kecuali cili hijau & air dalam pengisar makanan.
2. Cili dibelah dua tetapi jangan putus.(utk poket)
3. Masukkan bahan2 kisar ke dalam cili. Buat sampai habis.
4. Masukkan semua solok ke dalam periuk & tambahkan air. Masaklah sehingga masak. Jangan terlampau lama bimbang cili menjadi layu.

Ayam Percik



Ayam Percik (utk 2 keping  sukuan belakang ayam)

kuah
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Setengah labu kecil bawang besar
1 inci halia
2 batang serai(1 diketuk & 1 diblend)

1 cawan santan segera segar
Setengah sudu kecil pes asam jawa(saya guna jenama adabi-extra asam jawa tanpa biji)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji buah keras
1 sudu besar tepung beras( campurkan dengan sedikit air)
Sedikit gula Melaka
Gula
Garam
2 setengah cawan air biasa

Bahan perap ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk cili

Cara-cara

1. Ayam dibersihkan & dibuang kulitnya. Kemudian , perap ayam  dengan gula, garam & serbuk cili selama 2 jam @ lebih.(Saya perap semalaman)
2. Blend bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, 1 batang serai, buah keras bersama 2 setengah cawan air biasa.
3. Masakkan bahan yg diblend bersama bahan-bahan lain untuk kuah kecuali tepung beras. Biarkan mendidih selama 15 minit. Kemudian, masukkan bancuhan tepung beras. Sekiranya kuah belum pekat boleh tambah lagi bancuhan tepung beras.Perasakan garam & gula. Ketepikan.
4. Ayam dibakar dalam microwave @ dibakar atas api arang(lebih sedap). Saya guna microvawe National dengan kaedah memasak utk sate 200 g. Masa lebih kurang 15 minit. Kemudian celup ayam dalam kuah percik & bakar sekali lagi selama 15 minit.
5. Apabila ayam telah masak, curahkan lebihan kuah tadi & hidangkan.

Resepi ini ihsan daripada Dr. Azman-pengusaha Yati Percik dengan sedikit ubah suai.

Sunday, August 7, 2011

Nasi Kerabu


 1. Nasi
3 cawan beras biasa
2 cawan air
15 kuntum bunga telang(didihkan bersama 1 cawan air biasa)-jangan guna bunga sembarangan bimbang beracun-kalau x ada bunga itu guna perwarna biru tulin @ serbuk kunyit
1 helai daun pandam saiz sederhana
1 sudu kecil garam

Cara-cara
1. Cuci beras hingga bersih. Kemudian masukkan 2 pot air & air bunga telang tadi, daun pandan & garam.
2. Tanaklah beras hingga masak.(saya guna rice cooker). Sukatan sama dgn memasak nasi biasa.

2. Tumis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 keping asam gelugur/keping
sedikit belacan
2 sudu besar budu
1 biji buah keras
3 sudu serbuk cili
2 batang serai(dititik)
sedikit gula melaka
gula
garam
2 sudu minyak masak untuk menumis
3 cawan air biasa
1 cawan santan segera segar

Cara-cara
1. Blend bawang merah,bawang putih,halia,belacan, buah keras.
2. Panaskan periuk & masukkan minyak masak. Apabila minyak sudah panas, tumis bahan yang dikisar.
3. Setelah agak garing masukkan cili kering & 3 cawan air & biarkan mendidih seketika..
4. Masukkan santan,asam jawa, gula melaka,serai, budu, gula, garam.
5. Biarkan mendidih dengan api perlahan. Lagi lama tambah sedap. Apabila tumis hampir kering, tambahkan air. Sesuaikan rasa mengikut citarasa. Orang Kelantan biasanya suka rasanya ada manis-manis sikit.

Sambal Kelapa
3 cawan kelapa parut(putih lagi cantik, tanpa kulit)(goreng tanpa minyak hingga garing)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
10 biji lada hitam
sedikit asam jawa
5 ikan kukus(nak putih guna ikan uji rashid/tulai. nak gelap sikit guna ikan selayang/basung)
sedikit gula melaka
gula 
garam
1 sudu besar budu

Cara
1. Kisar bawang merah, bwang putih, halia, lada hitam & serai.
2. Tumis bahan kisar tanpa minyak.
3. Masukkan gula melaka, budu, asam jawa.
4. Apabila bahan tumisan agak kering, masukkan ikan kukus yg telah buang segala tulang & diramas2 sehingga hancur. Seterusnya, masukkan kelapa goreng & perasakan garam & gula.

Sambal lada
10 biji cili api
jus limau nipis
gula
garam

cara-cara
1. Kisar cili api dalam blender kering
2. Masukkan cili kisar dalam bekas & tambahkan jus limau nipis. Perasakan gula & garam.

Nasi kerabu sedap dimakan bersama ulam-ulaman(dihiris halus-daun kesum,daun serai kayu,bunga kantan,kacang panjang, timun di samping taugeh), keropok keping, solok lada, ayam percik, daging bakar & ikan celup tepung.

Resepi ihsan daripada Dr. Azman(pemilik Restoran Yati Ayam Percik) & reka-reka sendiri.




Tuesday, August 2, 2011

keropok lekor


Bahan

1 kilo ikan selayang @ basung
300 gram tepung kanji(susah mau dapat tepung sagu)
3 sudu KFC garam
3 sudu KFC gula
10 ketul ais kiub
1 setengah cawan air(saya guna pot sukat beras) ( ANGGARAN)
secubit serbuk perasa(kalau suka ttp saya tak suka)

Cara
1. Ikan dibersihkan & dibuang tulang.
2. Masukkan ikan, garam gula,ais kiub ke dalam pengisar makanan & kisar..

3.Masukkan tepung kanji & kisar sekali lagi.Sekiranya adunan masih keras tambah air sedikit demi sedikit. Sekiranya adunan ok2 sudah tidak perlu tambah air.

4
4. Adunan lekor sudah ok.

5. Ambil sedikit adunan. Taburkan tepung kanji agar tidak melekat. Bulatkan dan gentel sehingga jadi panjang.
6. Masak dalam air menddih yg ditambah sedikit minyak. Lekor masak apb timbul di permukaan periuk.

7. Angkat & toskan
.8. Gaul lekor tadi dengan minyak masak dan luruskannya
8. Potong ikut suka sebelum digoreng.Lekor boleh disimpan secara sejuk beku.