Sunday, April 29, 2012

KEK MARBLE


Bahan - bahan
250 gram vanilla sponge mix
4 biji telur gred B
1/4 cawan susu cair
75 gram mentega yang dicairkan
setengah sudu teh esen vanilla
3 sudu kecil penuh serbuk koko Tudor

Cara - cara
1. Cairkan mentega dengan api yang kecil dan ketepikan.
2. Campurkan vanilla sponge mix, susu cair, dan telur dan pukul hingga gebu.(saya guna mixer kenwood no.3 selama 10 minit)
3. Kemudian masukkan mentega dan kaup balikkan sahaja.
4. bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampurkan dengan serbuk koko. 1 lagi tak campur apa-apa.
5. Ambil 2 senduk bahagian koko dan letakkan di tengah-tengah loyang telah disapu dengan mentega dan dilapik dengan baking paper. Kemudian ambil 2 senduk bahagian 1 lagi  dan tindan di atas bahagian koko tadi. Selang-selikan adunan sehingga habis.
6.Bakar pada suhu 180 C selama 40 minit.

selamat mencuba

No comments:

Post a Comment