Saturday, October 12, 2013

KEK SNOW CHEESE



KEK SNOW CHEESE
Resipi kek: Pn Rohaimi Ahmad
Resipi topping cheese: suka-suki

Bahannya:
200g cream cheese tatura
300 ml susu segar@susu cair tin
100 g mentega atau marjerin
100 g tepung gandum
100 gram gula halus
4 biji telur saiz A ( saya guna 5 biji telur saiz B)
1st esen vanila
1st jus lemon( saya guna limau nipis saja sebab itu aje yang ada)

Cara2nya:
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia xjatuh apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. sapu acuan kek dengan marjerin dan taburkan tepung disekelillingnya @ lapik dengan baking paper. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 150'c guna api ATAS BAWAH selama 1jam @ sehingga btul2 masak dn menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Biarkan kek didlm loyang nmpk lekang barulah senang dikeluarkan dn dapatlah tepi2 kek yg licin gitu..JGN GATAL TGN NK MENCUNGKIL2 TEPINYA..KANG COMOT XLICIN LAK TEPI2 KEK TU..

Topping
250 gram cream cheese Philadelphia
200ml susu pekat manis
Parutan cheddar cheese- untuk hiasan

Cara2.
1. Pukul cheese dan susu pekat manis hingga sebati.
2. Hias kek mengikut kreativiti dan tabor parutan cheddar cheese.
3. Simpan dalam peti ais.

Saturday, October 5, 2013

NASI HUJAN PANAS

Bahan-bahan ( 5 orang)

  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air 
  • suku cawan susu cair
  •  1 sudu KFC garam
  • pewarna merah, kuning dan hijau 
  • [bahan tumis]
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga 
  • 1 helai daun pandan
  • [bahan hias]
  • bawang goreng
  • kismis

Cara-cara

  1. Cuci beras dan toskan.
  2. Mayang bawang besar.
  3. Panaskan minyak sapi dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi.
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air.
  6. Masaklah nasi sehingga masa. Apabila nasi hampir masak curahkan susu cair di atasnya.
  7. Apabila nasi kering,  titikkan 1-2 titik pewarna kuning, merah dan hijau di tempat yang berasingan. 
  8. Apabila dah masak, gaulkan nasi untuk mendapatkan nasi yang berwarna-warni.
  9. Hiaslah dengan bawang goreng dan kismis jika suka. 

Friday, October 4, 2013

NASI LEMAK PANDAN


Bahan-bahan

Nasi [untuk 4-5 orang]
2 pot beras herba ponni
setengah pot santan segera segar
1 sudu kfc garam
5 helai daun pandan saiz sederhana [kisar bersama 1 cawan air biasa + tapis= jus pandan]
pewrna hijau epal [kalau suka]

Cara-cara
1. Bersihkan beras.
2. Masukkan santan, jus pandan dan air sehingga no. 4 di periuk nasi, garam  dan tanak sehingga masak.

* sekiranya anda menggunakan beras biasa masukkan air mengikut sukatan biasa anda.
* pot ialah bekas sukat beras yg sedia ada dalam periuk nasi

Sambal Bilis
2 pot ikan bilis
1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
sedikit belacan
sedikit ikan bilis
gula melaka
1 sudu besar kicap manis
setengah pot minyak masak
sedikit asam jawa
2 pot cili kisar

Cara-cara
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.Goreng ikan bilis hingga separuh garing. Angkat.
1. Kisar bawang putih, setengah biji bawang besar, sedikit ikan bilis dan belacan.
2. Tumis bahan kisar  ikan bilis & setengah biji bawang besar yang dimayang sehingga wangi & bertukar warna kekuningan.
3. Masukkan cili kisar & 2 pot air. Biarkan mendidihkan. Masukkan asam jawa, gula melaka, kicap, ikan bilis yang digoreng tadi & daun pandan. Kecilkan api & biar lama sedikit masaknya. Kalau suka pedas, lebihkan cili. Kalau suka manis lebihkan gula melaka.

SELAMAT MENCUBA

Sunday, September 29, 2013

KEK PELANGI


Bahan-bahan ( Saiz Loyang: 8” ) 
BAHAN – BAHAN KEK:
  • 375 gram vanilla sponge mix [tepung optima]
  • 6 biji telur gred B
  • 90 gram air
  • 120 gram mentega yang telah dicairkan[panaskan sehingga cair dengan api perlahan]
  • 6 jenis pewarna (biru tulin, merah,pink,hijau,kuning telur dan ungu) brand Star Brand(kecuali ungu tanpa brand)
Cara – cara kek
  1. Campurkan telur, air dan vanilla sponge mix, pukul hingga gebu dan bertanduk.
  2. Kemudian masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau sedikit.[kaup balik sahaja].
  3. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama. 
  4. Tuang 1 adunan ke dalam loyang 8" yang telah disapu dengan mentega dan dilapik dengan baking paper.
  5. Bakar dengan suhu 170 C selama 12 minit dengan api atas bawah.[bergantung pada jenama oven masing2] @ sehingga masak. Ulangi untuk adunan 2 dan seterusnya. Gunakan loyang yang sama saiz. Saya guna 3 loyang yang sama saiz. Setiap loyang 2 kali dibakar.
  6. Kek yang telah masak dibiarkan sejuk. Buang permukaan atasnya( supaya kek betul2 melekat antara 1 lapis dengan lapis yang lain). Simpan kek di dalam peti sejuk selama beberapa jam. Lapik setiap kek dengan plastik agar tidak melekat.
TOPPING:
  • 250 gram cream cheese Tatura
  • 120 gram gula castor
  • 120 gram mentega 
Cara-cara
  1.  Pukul semua bahan sehingga gebu dan ringan.

Untuk melapis.
  1. Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
  2. Sapu sedikit cream cheese di atasnya dan ratakan.
  3. Letak lapisan kek yang berwarna lain pula di atasnya dan ulang langkah ini hingga habis.  Kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi di sekeliling kek.
  4. Hias mengikut kreativiti masing-masing.




Friday, July 19, 2013

Mi Tomyam

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk kecil mi kuning (cuci dan di toskan)
Kuah
  • setengah keping dada ayam
  • 7 biji bebola daging
  • 2 ekor udang saiz besar
  • 1 ekor sotong putih (bersihkan, buang kulit & potong kecil)
  •  3ulas bawang putih
  • 3 batang serai (1 diblend, 2 diketuk)
  • setengah biji tomato
  • 1 biji cili merah
  • 2 biji cili api (mau pedas tambah kuantitinya)
  • 7 helai daun limau purut (saiz kecil)
  • 1 biji limau kasturi saiz sederhana (ambil jusnya)
  • garam  secukup rasa
  • 3 mangkuk kecil air atau secukupnya
  • 3 tangkai sawi (bersihkan & potong pendek2)
  • setengah biji bawang besar(belah empat)
Cara-cara
  1. Kisar 3 ulas bawang putih, 1 biji cili merah, 1 batang serai, setengah biji tomato & 3 helai daun limau purut bersama 1 mangkuk air..
  2. Panaskan bahan2 kisar hingga wangi, masukkan serai yg diketuk. Kemudian masukkan 2 cawan. air
  3. Apabila mendidih, masukkan bebola daging.
  4. Kemudian masukkan isi ayam, sotong, udang & mi kuning. Biarkan seketika & masukkan  4 helai daun limau purut yang dikoyak2, bawang besar, cili api yg dipatah2 & jus limau kasturi.
  5. Perasakan dengan garam & masukkan sawi.
  6. Matikan api.
  7. Siap untuk dimakan.

Tuesday, February 19, 2013

Bread maker

Memudahkan kerja uli-menguli.

PERIA SUMBAT


Bahan A
setengah biji peria biasa
inti secukupnya [ resipi di bahan B]
minyak masak

Cara2

1. Peria dibuang empulur dan bijinya.
2. Rendam dalam air garam selama 2 jam @ tak rendampun ok juga.
3. Masukkan inti ke dalam peria.
4. Goreng sehingga masak.


Bahan B
# 4 pot isi ikan tenggiri @ 500g
4 sudu kfc gula
4 sudu kfc garam[saya guna garam bukit. Garam biasa kurangkan kuantiti]
12 ketul ais kiub @ 200g
8 ulas bawang putih
1 cawan tepung jagung @ 100g
setengah cawan tepung kanji @ 50g
1 biji  telur
1 sudu kfc serbuk lada hitam
 
Cara
1.kisar isi ikan,gula,garam,bawang putih, lada hitam, & ais hingga lumat dlm pengisar makanan(food processor).
2.masukkan tepung jagung & tepung kanji & kisar hingga sebati.
3.rehat beberapa jam dalam peti ais sblm dibulat2.
 
#pot plastik utk sukat beras yg sedia ada dlm rice cooker.


Sunday, February 17, 2013

ROTI MANIS

BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 375 gm tepung roti (high protein flour)
  • 100 gm tepung gandum
  • 35 gm susu tepung
  • 1 biji telur
  • 80 gm gula halus
  • 3/4 camca teh garam
  • 1 bungkus yis brand kijang
  • 150 ml air suam (kurang lebih)
  • 40 gm mentega
  • 4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 gm tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)
  • sedikit planta untuk sapuan
CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH ROTI :- 
  1. Satukan air suam dengan ragi, kacau rata dan biar berbuih. Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, tepung roti, garam, gula, telur dan water roux, gaul rata hingga sebati, masukkan ragi tadi dan gaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal, lembut dan anjal. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik dan biar naik 2 kali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam bread maker. Pilih setting untuk "Doh" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kepada 16 bahagian sama besar. Bulat2kan setiap doh dan susun dalam bekas yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau hingga perang keemasan. 
  4. Keluarkan roti dari oven dan sapukan planta di atasnya.
DIUBAH SUAI DARIPADA  http://yatiememories.blogspot.com/2013/02/roti-manis-ala-jepun.html. TQVM