Sunday, November 18, 2012

KARIPAP PUSING RESIPI 2

karipap pusing RESIPI 2 ( 32 biji)
Cawan yg saya guna ialah pot beras yg sedia ada dalam rice cooker.

Bahan A (Doh Minyak)
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
Suku cawan minyak masak
Setengah sudu KFC garam

Cara2
1. Gaul tepung dgn minyak masak.
2. Masukkan bancuhan air dan garam sedikit demi sedikit sambil diuli hingga sebati dan menjadi doh yg tidak melekit di tangan. Apabila adunan sudah jadi doh jangan lagi ditambah air.
3. Buatkan bebola2 kecil. (buat 4 bebola kecil)
4. Rehatkan sekejap.

Bahan B (Doh shortening[lelemak sayur])
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar shortening

1. Gaul & uli hingga menjadi doh yg tak melekit. Sekiranya adunan belum jadi doh, tambahkan shortening.
2. Buatkan bebola2, lebih kecil dari doh minyak. (buat 4 bebola kecil).
3. Rehatkan sekejap.

Cara:
1. Ambil setiap bebola dari doh shortening dan masukkan ke dalam bebola minyak yg telah dileperkan hingga menjadi satu bebola yg besar.
2. Ulang hingga kesemua bebola habis digunakan.
3. Kemudian ambil sebiji bebola tadi dan canaikan hingga menjadi bulat @ persegi empat.
4. Sesudah itu gulung doh tadi hingga menjadi seperti swiss roll.
5. Setelah itu canai lagi (memanjang) lalu digulung sekali lagi.
6.Akhir sekali, potonglah doh ini kpd 8 bahagian mengikut saiz karipap anda. Buat seperti ini kpd kesemua bebola tadi hingga selesai.
7. Ambil satu gulungan yg telah dihiris/potong tadi dan canai leper.
8. Masukkan inti dan tutupkan semula dgn kemas.
Kelimlah dgn teliti.
9. Apabila kesemua doh/bebola dah selesai, bolehlah digoreng dgn api yg sederhana. Dilarang guna api besar kerana karipap anda akan berjerawat & pusingnya x jadi.

Karipap ini boleh disejukbekukan.

inti ubi keledek
setengah kilo ubi keledek
satu keping dada ayam(hiris kecil & nipis)
setengah paket serbuk kari ikan
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar sederhana besar
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
1 cawan air(anggaran sahaja)
garam
gula

cara
1. ubi dibersihkan,dibuang kulit & dipotong dadu.
2. Bawang putih & bawang besar dimayang halus.
3.Tumis bawang sehingga garing.
4. Masukkan rempah kari,tambah setengah cawan air & biarkan rempah masak.
5. Masukkan ubi & isi ayam.
6. Masukkan air. Anggaran air boleh menenggelamkan ubi
7. Masukkan gula & garam secukup rasa

*** sekiranya guna ubi kentang, potong dadu kecil2 & rebus hingga empuk dulu. Toskan. Kemudian masukkan dalam rempah yg sudah masak. Tidak perlu tambah air yg banyak.

inti sardin
1 tin besar sardin(asingkan sos & ikan. Ikannya dihancurkan)
2 biji besar saiz besar(dimayang)
2 tangkai cili merah.(buang biji & mayang halus)
1 biji limau nipis(perah & ambil jusnya)
2 sudu minyak untuk menumis
garam.

cara
1.Tumis bawang besar.& cili sehingga naik bau.
2. Masukkan isi ikan,jus limau nipis & sos ikan
3. Perasakan garam.

Monday, October 15, 2012

PERIA & CILI SUMBAT





 
Bahan A[peria sumbat & cili sumbat]
setengah biji peria biasa
4 biji cili besar
inti secukupnya [ resipi di bahan B]
minyak masak

Cara2

1. Peria dibuang empulur dan bijinya.
2. Rendam dalam air garam selama 2 jam.
3. Cili dibelah & dibuang bijinya.
2. Masukkan inti ke dalam peria & cili..
3. Goreng sehingga masak.

bahan B [ inti]
1 pot isi ikan tenggiri
1 sudu kfc garam
1 sudu kfc gula

2 ulas bawang putih dihiris halus
suku sudu kfc serbuk lada sulah
3 ketul ais kiub
setengah biji putih telur
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kanji

cara2
1. Gunakan blender kering[kecil] utk kisar isi ikan bersama ais kiub & bawang putih, gula, garam, serbuk lada sulah.
Lakukan beberapa kali kerana muatan blender ini sedikit.
2. Gaul bahan yg diblend dengan tepung jagung, tepung kanji & putih telur hingga sebati secara manual.
3. Kisar sekali lagi adunan tadi beberapa kali dalam kuantiti yg kecil.



Bahan C [kuah]
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada sulah
setengah sudu kecil gula
1 sudu kecil stok pekat ayam maggi
2 cawan air biasa
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
1 sudu besar minyak untuk menumis
hirisan daun bawang,daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

cara2
1. Panaskan minyak & tumis bawang hingga garing.
2. Masukkan air, sos tiram, stok ayam, gula. Didihkan.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung. Perasakan. Kalau kurang masin tambah garam. Kalau masin, tambah air.
5. Siram kuah ke atas peria sumbat & cili sumbat & taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

SELAMAT MENCUBA

UDANG GORENG TEPUNG RESIPI 1

BAHAN-BAHAN
20 ekor udang saiz sederhana
2 sudu besar rimbun @ 30 gram tepung naik sendiri
5 sudu besar rimbun @ 50 gram tepung serbaguna adabi
1 biji putih telur
Air secukupnya
Minyak utk gorengan tenggelam

Cara
1. Udang dibersihkan.buang kulit.ekor jgn buang.belah blkg utk buang salur hitamnya.
2. Campurkan semua bahan kecuali air ditambah sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan seperti cekodok(lembik sedikit).
3. Goreng dlm gorengan tenggelam sehingga garing & angkat.
4. Hidangkan bersama sos serbuk cheese.
SELAMAT MENCUBA

Saturday, October 13, 2012

KHASIAT PERIA

 Peria atau nama sainsnya Momordica charantia adalah sejenis sayuran yang pahit rasanya. Di pasar-pasar kita biasanya dapat melihat dua jenis peria. Ada yang panjang dengan warna hijau muda dan ada yang kecil saiznya atau digelar ‘peria katak’ yang mempunyai warna hijau tua. Pokok peria mudah didapati di negara-negara beriklim panas dan khatulistiwa seperti India, Indonesia, Sri Lanka, Malaysia dan Filipina.

Pokok peria biasanya tumbuh menjalar seperi pokok timun. Jika diperhatikan sepintas lalu, ia seakan-akan serupa tetapi yang membezakan adalah daunnya dimana daun peria agak kecil berbanding timun. Peria mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Setiap 100gm peria mengandungi 92.4 peratus lembab, protein 1.6 peratus, lemak 0.2 peratus, mineral 0.8 peratus, fiber 0.8 peratus dan karbohidrat 4.2 peratus.
Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.

Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potang peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk

Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah di hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.

Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ILPQfAOplw

PERIA GORENG

Bahan-bahan [utk 2 orang]
setengah biji peria
2 ulas bawang putih [dimayang]
setengah labu bawang besar [dimayang]
1 biji cili merah[dibuang biji & hiris memanjang]
1 sudu besar minyak
sedikit air
5 ekor udang [dibuang kulit & belah belakang]
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Peria dibelah dua, buang empulur & biji. Potong nipis. Rendam dalam air garam.[kuantiti air & garam agak2 lah] selama 1 jam untuk buang rasa pahit.
2. Panaskan minyak & tumis bawang putih, bawang besar, cili merah hingga naik bau.
3. Masukkan peria dan udang, sedikit air. Kacau sehingga layu sedikit sahaja . Perasakan garam.
4. Angkat dan hidang.

SELAMAT MENCUBA

Friday, October 12, 2012

CARA MEMBINA BLOG

Membuat blog cukup mudah sebenarnya.Boleh sambil buat sambil belajar.Yang penting kemahuan mesti ada.Banyak sumber sumber yang kita boleh perolehi untuk mempelajari blog.Untuk mencipta blog anda mestilah mempunyai akaun dengan blogger di www.blogger.com.

Langkah langkahnya:
1.Klik pada sign up jika belum ada akaun gmail
2.Isikan butir butir dalam form  yang disediakan  dan klik pada next step
3.Anda akan dibawa ke langkah ke2 iaitu create your profile dan klik ke next step



4.Langkah ke 3..you all set anda Berjaya membuat akaun blogger.klik back to blogger untuk confirm profile anda.


5.Klik back to blogger
6.Anda dibawa ke dashboard blogger..klik pada new blog



7. Masukkan tajuk blog dan alamat blog anda dan pilih template yang dikehendakki.Kemudian  klik create blog






8.Anda dibawa kembali ke dashboard…klik pada start posting





9.Masukkan tajuk artikel pada title …taipkan artikel pada ruangan yang disediakan dan klik publish untuk memaparkan posting anda.


nota:Bagi anda yang sudah mempunyai akaun gmail,anda boleh sign ke blogger dan anda bermula dengan langkah yang keenam
 SUMBER http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=5851543789905589694#editor/target=post;postID=5116284633904247590

ROTI JALA [resipi 1]










bahan-bahan
2 pot beras tepung gandum
Suku pot beras susu cair
Setengah sudu kecil garam

2 setengah pot beras air biasa(sekiranya adunan masih pekat, tambahkan sedikit air lagi)
sedikit kunyit @ pewarna kuning

Cara

1. Satukan semua bahan dalam bekas dan kacau rata
2. Tapis adunan.
ACUAN ROTI JALA

3. Panaskan kuali nonstick(saya guna jenama Tefal) & mulalah menjala dgn acuan roti jala. Mulakan jalaan dari bahagian paling luar ke bahagian dalam.
4. Apabila nampak garing sedikit, boleh diangkat, dan gulung.



SELAMAT MENCUBA

KOBIS BUNGKUS BERKUAH


Bahan A[kobis bungkus]
8 kelopak daun kobis
inti secukupnya [ resipi di bahan B]


Cara2
1. Kukus kobis untuk melayukannya.
2. Masukkan inti ke dalam kobis & lipat2kan dengan kemas.
3. Kukus kobis bungkus sehingga masak.

bahan B [ inti]
1 pot isi ikan tenggiri
1 sudu kfc garam
1 sudu kfc gula

2 ulas bawang putih dihiris halus
suku sudu kfc serbuk lada sulah
3 ketul ais kiub
setengah biji putih telur
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kanji

cara2

1. Gunakan blender kering[kecil] utk kisar isi ikan bersama ais kiub & bawang putih, gula, garam, serbuk lada sulah.
Lakukan beberapa kali kerana muatan blender ini sedikit.
2. Gaul bahan yg diblend dengan tepung jagung, tepung kanji & putih telur hingga sebati secara manual.
3. Kisar sekali lagi adunan tadi beberapa kali dalam kuantiti yg kecil.



Bahan C [kuah]

Bahan C
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil serbuk lada sulah
setengah sudu kecil gula
1 sudu kecil stok pekat ayam maggi
2 cawan air biasa
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
1 sudu besar minyak untuk menumis
hirisan daun bawang,daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

cara2
1. Panaskan minyak & tumis bawang hingga garing.
2. Masukkan air, sos tiram, stok ayam, gula. Didihkan.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung. Perasakan. Kalau kurang masin tambah garam. Kalau masin, tambah air.
5. Siram kuah ke atas kobis bungkus & taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
SELAMAT MENCUBA


Thursday, October 11, 2012

FISHBALL @ BEBOLA IKAN


bahan2
1 pot isi ikan tenggiri
1 sudu kfc garam
1 sudu kfc gula

2 ulas bawang putih dihiris halus
suku sudu kfc serbuk lada sulah
3 ketul ais kiub
setengah biji putih telur
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kanji

cara2

1. Gunakan blender kering[kecil] utk kisar isi ikan bersama ais kiub & bawang putih, gula, garam, serbuk lada sulah.
Lakukan beberapa kali kerana muatan blender ini sedikit.
2. Gaul bahan yg diblend dengan tepung jagung, tepung kanji & putih telur hingga sebati secara manual.
3. Kisar sekali lagi adunan tadi beberapa kali dalam kuantiti yg kecil.
4. Didihkan air. Masukkan sedikit minyak masak. Bulat2kan adunan & rebus sehingga bebola ikan timbul di permukaan periuk. Angkat bebola & masukkan ke dalam air biasa. Biarkan seketika.
5. Toskan bebola.

Wednesday, October 10, 2012

Nasi Lemak



Bahan-bahan

Nasi [untuk 4-5 orang]
2 pot beras herba ponni
setengah pot santan segera segar
1 sudu kfc garam
1 helai daun pandan saiz sederhana disiat2.

Cara-cara
1. Bersihkan beras.
2. Masukkan santan, air sehingga no. 4 di periuk nasi, garam dan daun pandan dan tanak sehingga masak.

* sekiranya anda menggunakan beras biasa masukkan air mengikut sukatan biasa anda.
* pot ialah bekas sukat beras yg sedia ada dalam periuk nasi

Sambal Bilis
2 pot ikan bilis
1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
sedikit belacan
gula melaka
1 sudu besar kicap manis
setengah pot minyak masak
sedikit asam jawa
2 pot cili kisar

Cara-cara
1. Kisar bawang putih, setengah biji bawang besar dan belacan.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak& tumis bahan kisar  ikan bilis & setengah biji bawang besar yang dimayang sehingga wangi & bertukar warna kekuningan.
3. Masukkan cili kisar & 2 pot air. Biarkan mendidihkan. Masukkan asam jawa, gula melaka, kicap & daun pandan. Kecilkan api & biar lama sedikit masaknya. Kalau suka pedas, lebihkan cili. Kalau suka manis lebihkan gula melaka.
SELAMAT MENCUBA

Saturday, October 6, 2012

KEK KELADI



Bahan-bahan ( Saiz Loyang: 8” ) 
BAHAN – BAHAN KEK:
  • 250 gram vanilla sponge mix [tepung optima]
  • 4 biji telur gred B
  • 60 gram air
  • 75 gram mentega yang telah dicairkan[panaskan sehingga cair dengan api perlahan]
Cara – cara kek
  1. Campurkan telur, air dan vanilla sponge mix, pukul hingga gebu dan bertanduk.
  2. Kemudian masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau sedikit.[kaup balik sahaja].
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama.
  4. Tuang 1 adunan ke dalam loyang 8" yang telah disapu dengan mentega dan dilapik dengan baking paper.
  5. Bakar dengan suhu 170 C selama 12 minit dengan api atas bawah.[bergantung pada jenama oven masing2] @ sehingga masak. Ulangi untuk adunan 2 dan 3. Gunakan loyang yang sama saiz. Saya guna 3 loyang yang sama saiz.
  6. Kek yang telah masak dibiarkan sejuk. Buang permukaan atasnya( supaya kek betul2 melekat antara 1 lapis dengan lapis yang lain). Simpan kek di dalam peti sejuk selama beberapa jam. 
KRIM  KELADI:
  • 500 gram keladi
  • 200 gram keledek ungu
  • 100 gram gula biasa
  • 50 gram santan serbuk
  • 700 ml air(bahagi 2-350ml utk didihkan agar2 dan 350ml lagi utk kisar keladi, tepung2 dll)
  •  50 gram tepung gandum
  • 25 gram tepung jagung
  • 10 gram agar2 tali
  • 2 sudu teh garam(utk rebus keladi)
  • Kelapa kering sebagai hiasan
Cara-cara
  1. Kupas keladi & keledek ungu. Potong kecil2. Masukkan garam dan air & rebus hingga empuk.
  1. Didihkan 350 ml air dan masakkan agar2 sehingga hancur. Ketepikan.
  2. Kisar gula, tepung gandum, tepung jagung, santan serbuk dengan 350ml air hingga sebati. Masukkan keladi, keledek dan agar2 & kisar sekali lagi hingga sebati.
  3.  Masukkan ke dalam periuk. Kacau hingga mendidih dan masak. Padamkan api. Biarkan sejuk sedikit.
  4. Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi ke atasnya. 
  5. Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulang untuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper. 

  6. Setelah keseluruhan kek  siap diratakan, taburkan kelapa kering ke seluruh bahagian kek. 
  7. Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.
SELAMAT MENCUBA

Friday, October 5, 2012

TAUHU SUMBAT @ BERINTI

Tauhu sumbat. Sedap dimakan bersama mi kering goreng.

Bahan A
8 biji tauhu pok (tauhu kecil)
Inti secukupnya (resipi dibawah)-guna satu perempat shj. Selebihnya simpan dalam freezer.


Bahan B
# 4 pot isi ikan tenggiri @ 500g
4 sudu kfc gula
4 sudu kfc garam[saya guna garam bukit. Garam biasa kurangkan kuantiti]
12 ketul ais kiub @ 200g
8 ulas bawang putih
1 cawan tepung jagung @ 100g
setengah cawan tepung kanji @ 50g
1 biji  telur
1 sudu kfc serbuk lada hitam
Cara
1.kisar isi ikan,gula,garam,bawang putih, lada hitam, & ais hingga lumat dlm pengisar makanan(food processor).
2.masukkan tepung jagung & tepung kanji & kisar hingga sebati.
3.rehat beberapa jam dalam pet ais sblm dibulat2.
#pot plastik utk sukat beras yg sedia ada dlm rice cooker.

Bahan C

2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil serbuk lada sulah
setengah sudu kecil gula
1 sudu kecil stok pekat ayam maggi
2 cawan air biasa
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
1 sudu besar minyak untuk menumis
hirisan daun bawang,daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

cara2
1. Panaskan minyak & tumis bawang hingga garing.
2. Masukkan air, kicap manis, sos tiram, stok ayam, gula. Didihkan.
3. Masukkan tauhu & didihkan hingga intinya masak.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Perasakan. Kalau kurang masin tambah garam. Kalau masin, tambah air.
5. Hidangkan & taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
SELAMAT MENCUBA

Thursday, October 4, 2012

APAM DEWA


APAM DEWA from Tawau with love

Bahan
6 biji telur
2 sudu besar sunquick oren
150 gram gula biasa

1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
200 gram tepung gandum

cara
1. Pukul telur, gula, ovalette, sunquick, dan esen hingga kembang dan kental.
2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit & pukul hingga rata.
3. Bahagikan kepada beberapa bahagian & warnakan mengikut suka hati.
4. Lengser loyang dgn planta. Ambil 3 sudu warna kuning & letakkan di tengah2 loyang. Seterusnya 3 sudu warna hijau & tindan di atas warna warna kuning. Tindan lagi dgn 3 sudu warna biru tulin. Ulang sebanyak 2 kali. Seterusnya 2 sudu bagi setiap warna. Apabila adunan hampir habis, masukkan 1 sudu setiap satu warna.
3. Untuk corak, guna lidi, mula dari tengah & tarik ke tepi loyang. Dari tepi tarik ke tengah loyang. Buatlah berkali sehingga menghasilkan corak.
4. Kukus dgn api sederhana selama 40 minit.

Saturday, September 1, 2012

Puding Triffle


Bahan-bahan :
Kek swiss roll atau kek apa2 jer

1 tin fruit cocktail
Kristal jelly – jenama nona (Perasa strawberi sedap)
1 tin susu cair + setengah tin air[guna tin susu cair] + 5 sudu gula
4 sudu tepung kastard + setengah tin air[guna tin susu cair]

CARA MEMBUATNYA:

1. Potong swiss roll anggaran 1.5cm tebal. Kemudian susunkan dalam acuan. 


2.Kemudian tuang air fruit cocktail ke atas swiss roll atau kek hingga lembab. 


3.Ketepikan dulu dan boleh masak kastad dgn susu. 1 tin susu cair + setengah tin air + gula di masak atas api . 

4. sambil tu bancuh 4 sudu kastad dengan ½ tin air).  Bila susu mendidih kecilkan api kemudian masukkan bancuhan kastad.
Kacau hingga menjadi likat. Kemudian tuang atas swiss roll yg telah disusun.
 

5. Kemudian taburkan fruit cocktail.
 

6. Masakan air panas mengikut sukatan pada kotak jelly hingga mendidih. Masukkan jelly tersebut dalam air panas. Tunggu sejuk sedikit dan masih cair tuang atas taburan fruit cocktail tadi.
 

7.Kemudian masukkan dalam peti sejuk.

Tuesday, August 14, 2012

Soto Ayam

bahan A
5 paket ketupat nasi mini
air secukupnya

cara
1. Rebus ketupat mini sehingga masak dengan api perlahan.

bahan B
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
1 sudu besar rata ketumbar biji
1 sudu besar rata jintan manis biji
1/4 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1 paket sup bunjut
2 keping dada ayam dengan tulang belakangnya
daun sup tanpa dihiris
daun bawang tanpa dihiris
2 sudu minyak

cara
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, buah keras, ketumbar, jintan manis, kunyit hidup sehingga lumat.
2. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing.
3. Masukkan 2 cawan air & sup bunjut biarkan mendidih 10 minit.
4. Masukkan ayam biarkan mendidih sehingga ayam separuh masak. Perasakan garam. Angkat & tos ayam tersebut.
5. Tambah 5 cawan air atau lebih. Tambah garam, daun sup, daun bawang & serbuk perasa & renehkan sup dengan api perlahan.
6. Ayam digoreng sehingga garing & disiat kecil-kecil.

Bahan C (begedil)
2 biji kentang saiz sederhana
minyak untukmenggoreng
garam
putih telur

cara
1. Kupas kulit kentang & belah lapan & goreng.
2. Apabila sudah garing angkat & ketepikan.
3. Tumbuk kentang hingga lumat.
4. Perasakan garam & bentukkan bulat leper.
5. Celup dalam telur putih dan goreng.

Bahan D (untuk hiasan)
daun sup dihiris halus
daun bawang dihiris halus
telur rebus
bawang goreng

Bahan E(sambal kicap)
cili api (kisar halus)
kicap manis
minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang putih((diketuk & racik halus)
air

cara
1. Tumis bawang putih hingga garing.
2. Masukkan air & cili api kisar.
3. Didihkan selama beberapa minit & masukkan kicap.
4. Didihkan sehingga sedikit pekat.
5. Siap.

Bahan F (suhun)
1 paket suhun saiz sedehana
air secukupnya

cara
1. Didihkan air.
2. masukkan suhun.
3. Biarkan seketika.
4. lalukan suhun pada air paip & toskan.

Cara penyediaaan
1. Campurkan nasi impit, ayam yg dicarik2, suhun, daun sup, daun bawang, bawang goreng,telur, begedil.
2. Siram kuah sup & tambah sambal kicap.

selamat mencuba

Monday, August 13, 2012

Biskut Cream Cheese Cadbury


Bahan A
90gm mentega
40gm shortening
45gm gula icing
1/2 biji kuning telur
1/2 sudu makan esen vanila
35gm cream cheese

Bahan B
200gm tepung biskut
40gm tepung jagung

Bahan C
1/2 botol coklat Cadbury(100 keping)

Bahan D
1 biji putih telur

Cara membuatnya :
1. Pukul Bahan A hingga sebati selama 4 minit
2. Masukkan Bahan B. Gaul rata
3. Rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk
4. Potong mengikut saiz coklat Cadbury dan susun coklat di atasnya
5. Bakar selama 15 minit dgn suhu 150 celcius. Guna api atas bawah.(@ kesesuaian oven masing.
6. Keluarkan biskut drp oven. Sapu putih telur di atasnya & letakkan coklat cadbury. Bakar selama 5 minitdengan suhu 40 celsius api bawah.

* saya guna separuh adunan utk cuba2an bimbang x jadi. Resepi sebenar blh rujuk http://erynabizkitz.blogspot.com/2011/12/biskut-cheese-cadbury.html atau http://zachoes.blogspot.com/2012/08/resepi-biskut-cheese-cadbury.html

Biskut Tart Nanas


tart nanas P
DOH TART:
165g @ 1 1/4 cawan tepung gandum*
8g @ 1 sudu besar rata tepung jagung*
12g @ 1 1/4 sudu besar rata tepung kastad* diayak
8g @ 1 sudu besar rata susu tepung (ku guna full cream Dutch Lady, kadang-kadang Fernleaf)
113g @ 1/2 cawan mentega, suhu bilik
8g @ 1/2 sudu besar minyak sapi (ku guna butter je)
1/2 sudu besar gula kastor@gula kasar dikisar
1/2 biji kuning telor gred A
1/2 sudu teh esen vanilla
INTI JEM NENAS:
2 biji nenas muda
1 1/4 senduk gula pasir
sedikit esen vanilla
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Daun pandan
*I used ready-made jam, about 320g, 4g each for 80 pieces of tarts (or depending on your tart size.)

Sapuan:
1 biji kuning telur
1sb suhu cair/UHT (susu segar)
sedikit pewarna telur kuning
*semua bahan digaul bersama. Baca dalam forum kalau nak warna cantik letak sikit susu dan pewarna kuning

Cara buat doh tart:
1. Pukul mentega, susu tepung, minyak sapi, dan gula hingga sebati.
2. Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
3. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul hingga sebati dan lembut (kalau susah nak picit keluar dari acuan, tambah mentega. Kalau terlebih lembik, tambah sikit tepung).
4. Panaskan oven 150C.
5. Ambil doh dan tekan acuan tart lebih kurang sepanjang 5cm atau lebih, dengan bahagian bergerigi acuan memandang ke bawah (ku guna acuan semperit je). NB: Kadang-kadang masa memicit tu dohnya menggulung dan pecah-pecah. Biasa ku picit atas sehelai kertas baking paper dahulu dengan bahagian rata acuan semperit memandang ke bawah. Lepas tu perlahan-lahan terlangkupkan doh yang dipicit tu. Jadi biar bahagian doh bergerigi pula memandang ke bawah, baru diletakkan inti nenas. Kurang sikit pecah-pecahnya.
6. Letak inti jem nenas pada hujung doh, kemudian gulung secara perlahan guna hujung jari.
7. Susun atas dulang membakar (atau boleh juga terus dimasukkan ke dalam cawan kertas untuk almond london tu).
8. Ulangi sehingga habis. Sapu permukaan doh tart dengan kuning telur. Tip: Untuk mudah sapu kuning telur, simpan doh tart yang sudah siap dalam peti sejuk untuk beberapa minit atau hingga doh keras sikit, baru disapu kuning telur. Kalau terus sapu leceh, adunan sangat lembut lebih-lebih lagi kalau guna berus plastik. Atau, 5+- minits sebelum tart betul-betul masak, baru disapu kuning telur.
9. Bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak.
10. TIP: Untuk elak doh mengeras atau kering ketika proses memicit dan menggulung, tutup bekas berisi doh dengan tuala atau cling film.


Cara buat inti jem nenas [ku beli ready-made je]:
1. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
2. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
3. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
4. Kacau tanpa henti hingga likat.
5. Angkat dan sejukkan.

rujuk http://zachoes.blogspot.com/2010/08/resepi-tart-nenas-gulung-gebu.html

Biskut Almond London

Biskut Almond London P
Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
• 250 gm mentega
• 125 gm gula halus
• 1 biji telur
• 1 tsp esen vanilla
• 50 gm serbuk badam (optional)
• 200 gm tepung jagung*
• 300 gm tepung gandum*
• 2 sudu tepung beras*
• 1 tsp baking powder*(*di ayak bersama)
• 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
• 50 gm badam cincang (utk hiasan)
• +/- 700 gm coklat masakan
• sedikit minyak jagung @ minyak bunga matahari utk cairkan coklat
Cara-cara
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
3. Masukkan serbuk badam, kacau
4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
8. Bakar pada suhu 170'c.d selama 15 minit
9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
10. Celup biskut dalam coklat masakan dan masukkan dalam mangkuk kertas. (Saya guna penyepit) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.
ubah suai drp http://yatiememories.blogspot.com/2012/08/almond-london.htm

Saturday, August 11, 2012

Kuih Sagu @ Bronok



Bahan-bahan:
1 cawan sagu biji kecil berwarna merah
3 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 cawan kelapa parut putih sahaja(muda)
1/2 sudu kecil (sudu kfc) garam
1 helai daun pandan
 
Cara-caranya:
1. Panaskan air dan gula hingga mendidih.
2. Masukan sagu, kemudian kacau rata sehingga adunan pekat sedikit.
3. Apabila adunan nampak pekat sedikit, loyang yang telah digriskan dengan sedikit minyak.
4. Kukus selama 20 minit atau sehingga sagu menjadi jernih.
5. Kukus kelapa dan gaulkan dengan garam.
6.Apabila kuih sagu telah sejuk potong mengikut bentuk kesukaan anda & gaul dengan kelapa.

ubah suai drp resipi : Puan Ani Bawok dalam RTTRIK

Friday, August 3, 2012

Kuih Ketayap





Bahan-bahan inti
1 cawan kelapa muda parut
1/4 sudu KFC(kecil) garam
1/2 cawan air gula melaka sederhana pekat
1 helai daun pandan dicarik2

Cara memasak inti
1. Masakkan semua bahan dalam kuali dengan api sederhana.
2. Kacau sebati sehingga agak kering, Angkat dan sejukkan.

Bahan untuk kulit
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu cair
1/2 sudu KFC garam
2 cawan air
5 helai daun [Pandan saiz kecil]
1 biji telur


  Cara menyediakan adunan kulit

1. Daun pandan dipotong dan dikisar bersama 2 cawan air dan ditapis.
2. Bancuh tepung gandum bersama air daun pandan, susu cair, garam, dan telur.
3. Tapis adunan.
 

CARA MEMASAK KUIH
 

1.Panaskan kuali. Gunakan api sederhana. Sapukan sedikit minyak. 
2.Tuang adunan dan lenggangkan kuali seperti memasak telur dadar nipis.
3. Apabila masak, angkat. Letak inti di hujung, lipat kiri dan kanannya dan gulung. Siap.
5. Ulangi  langkah 1 hingga 3 sehingga adunan habis.


Thursday, August 2, 2012

Kuih Cara Berlauk



BAHAN UNTUK INTI
  • 1 keping dada ayam ( dipotong kecil2 ikut suka hati}
  • 2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )
  • setengah biji bawang besar(ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (dumbuk)
  • Sedikit daun bawang/sup di racik2 dan lada merah di potong serong(pilihan & untk cantik)
  • Garam dan sedikit gula
  • 1 sudu besar minyak untuk menumis
BAHAN UNTUK ADUNAN TEPUNG:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 biji telur
  • 2 cawan air (kalau pekat tambah sedikit air)
  • 3 helai daun pandan (utk warna hijau oiriginal. Pewarna tidak baik utk kesihatan. Kalau suka kuning boleh guna serbuk kunyit)
  • 1/2 sudu KFC garam
  • 1 sudu besar planta/marjerin
CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI
  1. Tumbuk bwng putih dan bwng besar sehingga lumat.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bhn yg di tumbuk, masukkan rempah kari yg di bancuh dngn sedikit air dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging ayam. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula, daun sup dan daun bawang.. Kacau hingga sebati dan kering.
  5. Setelah siap...angkat dan ketepikan dulu.
UNTUK MENYEDIAKAN ADUNAN TEPUNG

1. Daun pandan dipotong dan dikisar bersama 2 cawan air dan ditapis.
2. Bancuh tepung gandum bersama air daun pandan, susu cair, garam, planta dan telur.
3. Tapis adunan.
 

CARA MEMASAK KUIH
  1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  2. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
  3. Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun bwng.
  4. Tutup gunakan tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan

Wednesday, August 1, 2012

Sate ikan

Bahan-bahan
1 kg ikan kembung(dibersihkan & dibuang tulang)
200 g tepung kanji
2.5 sudu KFC garam
2 sudu KFC gula
setengah labu bawang putih
12 ketul ais ( ais dlm bekas ais bentuk kiub)
setengah sudu KFC baking powder
setengah sudu KFC soda bikarbonat
suku cawan minyak
minyak untuk menggoreng

Sos
1 cawan  sos cili Thai Kimball
5 biji cili api(boleh tambah cili kalau suka pedass berasap)
2 cawan air biasa
3 ulas bawang putih
sedikit asam jawa
satu sudu besar bijan
sedikit tepung kanji( dibancuh dengan air untuk memekatkan sos) 
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Kisar cili api, bawang putih dengan setengah cawan air dan dididihkan.
2. Masukkan sos cili, air, asam jawa, gula, dan garam dan biarkan mendidih.
3. Akhir sekali masukkan tepung kanji.


Cara-cara
1. Masukkan isi ikan kembung, bawang putih, garam, gula, dan ais dalam pengisar makanan(food processor) dan kisar hingga hancur dan sebati.
2. Masukkan tepung kanji dan kisar lagi. Sekiranya adunan masih keras tambah sedikit air. Seterusnya, masukkan soda dan baking powder dan kisar. Akhir sekali masukkan minyak dan kisar lagi. Doh yang terhasil lembik sedikit daripada doh keropok lekor.
3. Bulat-bulatkan sebesar ibu jari dan goreng dalam gorengan tenggelam.
4. Sate ikan yang sudah masak dicucuk dengan lidi dan dicicah  sos.

* saya rehatkan dulu adunan selama 12 jam dalam peti sejuk seblm dibulat2kan dan digoreng.