Saturday, October 6, 2012

KEK KELADI



Bahan-bahan ( Saiz Loyang: 8” ) 
BAHAN – BAHAN KEK:
  • 250 gram vanilla sponge mix [tepung optima]
  • 4 biji telur gred B
  • 60 gram air
  • 75 gram mentega yang telah dicairkan[panaskan sehingga cair dengan api perlahan]
Cara – cara kek
  1. Campurkan telur, air dan vanilla sponge mix, pukul hingga gebu dan bertanduk.
  2. Kemudian masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau sedikit.[kaup balik sahaja].
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama.
  4. Tuang 1 adunan ke dalam loyang 8" yang telah disapu dengan mentega dan dilapik dengan baking paper.
  5. Bakar dengan suhu 170 C selama 12 minit dengan api atas bawah.[bergantung pada jenama oven masing2] @ sehingga masak. Ulangi untuk adunan 2 dan 3. Gunakan loyang yang sama saiz. Saya guna 3 loyang yang sama saiz.
  6. Kek yang telah masak dibiarkan sejuk. Buang permukaan atasnya( supaya kek betul2 melekat antara 1 lapis dengan lapis yang lain). Simpan kek di dalam peti sejuk selama beberapa jam. 
KRIM  KELADI:
  • 500 gram keladi
  • 200 gram keledek ungu
  • 100 gram gula biasa
  • 50 gram santan serbuk
  • 700 ml air(bahagi 2-350ml utk didihkan agar2 dan 350ml lagi utk kisar keladi, tepung2 dll)
  •  50 gram tepung gandum
  • 25 gram tepung jagung
  • 10 gram agar2 tali
  • 2 sudu teh garam(utk rebus keladi)
  • Kelapa kering sebagai hiasan
Cara-cara
  1. Kupas keladi & keledek ungu. Potong kecil2. Masukkan garam dan air & rebus hingga empuk.
  1. Didihkan 350 ml air dan masakkan agar2 sehingga hancur. Ketepikan.
  2. Kisar gula, tepung gandum, tepung jagung, santan serbuk dengan 350ml air hingga sebati. Masukkan keladi, keledek dan agar2 & kisar sekali lagi hingga sebati.
  3.  Masukkan ke dalam periuk. Kacau hingga mendidih dan masak. Padamkan api. Biarkan sejuk sedikit.
  4. Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi ke atasnya. 
  5. Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulang untuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper. 

  6. Setelah keseluruhan kek  siap diratakan, taburkan kelapa kering ke seluruh bahagian kek. 
  7. Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.
SELAMAT MENCUBA

2 comments:

  1. wah sedapnya kak...copy resepi yeh...moga2 menjadi heheheh...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. copy saja. Pastikan keknya dimix sehingga gebu baru dibakar dalam oven. Kalau guna mixer biasa lebih kurang 40 minit dimix.

      Delete