Friday, August 19, 2011

Nasi Ayam Cik Liza


Nasi ayam( untuk 5 orang)

Sup
Bahan-bahan
3 keping sukuan belakang ayam
halia sebesar ibu kaki - diketuk
5 ulas bawang putih - diketuk & dicincang halus
1 batang serai - dititik
10 cawan air
2 sudu kecil KFC gula
3 sudu kecil KFC garam(lebihkan kalau anda suka masin)

cara-cara
1. Ayam dibuang kulit & dibersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali garam ke dalam periuk & didihkan.dengan api sederhana.
3. Kemudian masukkan garam. Apabila ayam telah masak & empuk keluarkan ayam & toskan.

Ayam
3 keping sukuan belakang ayam yang telah direbus.
3 sudu besar sos tiram
minyak untuk gorengan tenggelam

Cara-cara
1. Lumurkan ayam dengan sos tiram.
2. Perap sekurang-kurangnya 2 jam.
3. Goreng & ayam agak kekuningan bolehlah diangkat.
4. Potong ikut suka hati & siram sos kicap di atas ayam.

sos kicap
3 ulas bawang putih - dicincang halus.
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis - kuantitinya boleh lebih
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar tepung jagung - dicampur dengan sedikit air-utk memekatkan sos
1 sudu beasr minyak masak
2 cawan air biasa

Cara-cara
1. Panaskan minyak & tumis bawang putih hingga garing.
2. Masukkan semua bahan kecuali tepung jagung & didihkan selama 10 minit.
3. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.

Sos Cili
Bahan-bahan
3 biji cili merah
10 biji cili api - lebihkan kalau suka pedas menyengat
1 biji tomato saiz besar - buang kulit & biji
3 ulas bawang putih
3 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam
1 cawan air
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara
1. Kisar halus cili merah, cili api, tomato, bawang putih & air.
2. Panaskan minyak & tumis bahan kisar hingga mendidih.
3. Masukkan gula & garam.

Nasi
Bahan-bahan
5 cawan beras basmathi - bersih & toskan
setengah labu bawang besar saiz besar
5 ulas bawang putih 
halia sebesar ibu kaki - diketuk
1 batang serai - dititik
1 halai daun pandan - disiat & dismpul
2 sudu besar stok ayam pekat
2 sudu besar marjerin lembut naturel/minyak sapi

Cara-cara
1.Panaskan kuali & masukkan marjerin.
2.Tumis bahan kisar, daun pandan, halia  & serai sehingga bahan kisar garing.
3.Masukkan beras & gaul rata.
4.Masukkan beras ke dalam rice cooker & tambahkan 6 cawan air rebusan ayam, stok ayam& tanak sehingga masak.


Sayur
salad
1 biji timun - dibuang kulit & dihiris nipis
1 biji tomato - dipotong bulat & nipis





Kuih Beko


Kuih Beko
Kuih tradisi Kelaantan. Juga manis & lemak. Sangat senang dimasak. Resepi diubah suai daripada adrianie@myresepi.com.

Bahan-bahan
  • 3 cawan kelapa parut muda (beli di pasar)
  • 2 cawan tepung pulut
  • setengah cawan gula pasir(kalau suka manis boleh lebihkan)
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu KFC garam
  • 2 biji telur
Cara-cara
  1. Masak gula bersama air dan daun pandan sehingga larut
  2. Gaul ke semua bahan.
  3. Sudukan ke dalam acuan cara @ bahulu cermai @ acuan muffin
  4. Bakar di atas api dapur gas(api kecil). Kemudian agak kekuningan, bakar dalam oven agar permukaan atasnya garing.
    5. Boleh juga dibakar dalam acuan tembaga dengan api sabut kelapa.

*saya gunakan acuan muffin

Kuih Akok


Kuih Akok
Kuih tradisional orang Kelate. Manis & lemak. Agak lama sudah mencari resepi kuih ini. Akhirnya ketemu jua dalam myresepi oleh zaliana@myresepi.com. Namun begitu, kuantiti bahan-bahan diubah suai untuk kesesuaian rasa seorang perantau dari Kelate yang tidak gemar manissss tersangat.

Bahan 

  • 5 biji telur(gred A)
  • 1 cawan pati santan
  • 1 cawan  air biasa
  • 1 cawan gula melaka( sederhana pekat)
  • setengah cawan tepung gandum
  • 1 helai daun pandan- disiat-siat
  • 1 sudu KFC garam halus(saya guna jenama Halal Gel)
Cara-cara
  1. Masak air bersama daun pandan hingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan gula melaka, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
  3. Panaskan acuan baulu cermai di atas api dapur gas(api kecil). Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.Kuih ini boleh juga dibakar dalam oven.
  4. Isi penuh acuan. Tutup dengan tudung periuk dan bakar sehingga masak. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan daripada acuan kuih ini akan sedikit mengecut. 
*Lagi bagus sekiranya anda menggunakan acuan bahulu yg diperbuat daripada tembaga & dibakar dengan sabut kelapa menggunakan api atas & bawah. Bau asap sabut kelapa menjadikan rasanya lebih asli.

Friday, August 12, 2011

Solok Lada


5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan kelapa muda putih yg dimesin(beli di pasar)
1 cawan isi ikan tenggiri(boleh guna lain-lain jenis ikan)
10 biji cili hijau
Setengah cawan air biasa
Garam
Gula

Cara-cara
1. Kisar semua bahan kecuali cili hijau & air dalam pengisar makanan.
2. Cili dibelah dua tetapi jangan putus.(utk poket)
3. Masukkan bahan2 kisar ke dalam cili. Buat sampai habis.
4. Masukkan semua solok ke dalam periuk & tambahkan air. Masaklah sehingga masak. Jangan terlampau lama bimbang cili menjadi layu.

Ayam Percik



Ayam Percik (utk 2 keping  sukuan belakang ayam)

kuah
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Setengah labu kecil bawang besar
1 inci halia
2 batang serai(1 diketuk & 1 diblend)

1 cawan santan segera segar
Setengah sudu kecil pes asam jawa(saya guna jenama adabi-extra asam jawa tanpa biji)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji buah keras
1 sudu besar tepung beras( campurkan dengan sedikit air)
Sedikit gula Melaka
Gula
Garam
2 setengah cawan air biasa

Bahan perap ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk cili

Cara-cara

1. Ayam dibersihkan & dibuang kulitnya. Kemudian , perap ayam  dengan gula, garam & serbuk cili selama 2 jam @ lebih.(Saya perap semalaman)
2. Blend bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, 1 batang serai, buah keras bersama 2 setengah cawan air biasa.
3. Masakkan bahan yg diblend bersama bahan-bahan lain untuk kuah kecuali tepung beras. Biarkan mendidih selama 15 minit. Kemudian, masukkan bancuhan tepung beras. Sekiranya kuah belum pekat boleh tambah lagi bancuhan tepung beras.Perasakan garam & gula. Ketepikan.
4. Ayam dibakar dalam microwave @ dibakar atas api arang(lebih sedap). Saya guna microvawe National dengan kaedah memasak utk sate 200 g. Masa lebih kurang 15 minit. Kemudian celup ayam dalam kuah percik & bakar sekali lagi selama 15 minit.
5. Apabila ayam telah masak, curahkan lebihan kuah tadi & hidangkan.

Resepi ini ihsan daripada Dr. Azman-pengusaha Yati Percik dengan sedikit ubah suai.

Sunday, August 7, 2011

Nasi Kerabu


 1. Nasi
3 cawan beras biasa
2 cawan air
15 kuntum bunga telang(didihkan bersama 1 cawan air biasa)-jangan guna bunga sembarangan bimbang beracun-kalau x ada bunga itu guna perwarna biru tulin @ serbuk kunyit
1 helai daun pandam saiz sederhana
1 sudu kecil garam

Cara-cara
1. Cuci beras hingga bersih. Kemudian masukkan 2 pot air & air bunga telang tadi, daun pandan & garam.
2. Tanaklah beras hingga masak.(saya guna rice cooker). Sukatan sama dgn memasak nasi biasa.

2. Tumis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 keping asam gelugur/keping
sedikit belacan
2 sudu besar budu
1 biji buah keras
3 sudu serbuk cili
2 batang serai(dititik)
sedikit gula melaka
gula
garam
2 sudu minyak masak untuk menumis
3 cawan air biasa
1 cawan santan segera segar

Cara-cara
1. Blend bawang merah,bawang putih,halia,belacan, buah keras.
2. Panaskan periuk & masukkan minyak masak. Apabila minyak sudah panas, tumis bahan yang dikisar.
3. Setelah agak garing masukkan cili kering & 3 cawan air & biarkan mendidih seketika..
4. Masukkan santan,asam jawa, gula melaka,serai, budu, gula, garam.
5. Biarkan mendidih dengan api perlahan. Lagi lama tambah sedap. Apabila tumis hampir kering, tambahkan air. Sesuaikan rasa mengikut citarasa. Orang Kelantan biasanya suka rasanya ada manis-manis sikit.

Sambal Kelapa
3 cawan kelapa parut(putih lagi cantik, tanpa kulit)(goreng tanpa minyak hingga garing)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
10 biji lada hitam
sedikit asam jawa
5 ikan kukus(nak putih guna ikan uji rashid/tulai. nak gelap sikit guna ikan selayang/basung)
sedikit gula melaka
gula 
garam
1 sudu besar budu

Cara
1. Kisar bawang merah, bwang putih, halia, lada hitam & serai.
2. Tumis bahan kisar tanpa minyak.
3. Masukkan gula melaka, budu, asam jawa.
4. Apabila bahan tumisan agak kering, masukkan ikan kukus yg telah buang segala tulang & diramas2 sehingga hancur. Seterusnya, masukkan kelapa goreng & perasakan garam & gula.

Sambal lada
10 biji cili api
jus limau nipis
gula
garam

cara-cara
1. Kisar cili api dalam blender kering
2. Masukkan cili kisar dalam bekas & tambahkan jus limau nipis. Perasakan gula & garam.

Nasi kerabu sedap dimakan bersama ulam-ulaman(dihiris halus-daun kesum,daun serai kayu,bunga kantan,kacang panjang, timun di samping taugeh), keropok keping, solok lada, ayam percik, daging bakar & ikan celup tepung.

Resepi ihsan daripada Dr. Azman(pemilik Restoran Yati Ayam Percik) & reka-reka sendiri.




Tuesday, August 2, 2011

keropok lekor


Bahan

1 kilo ikan selayang @ basung
300 gram tepung kanji(susah mau dapat tepung sagu)
3 sudu KFC garam
3 sudu KFC gula
10 ketul ais kiub
1 setengah cawan air(saya guna pot sukat beras) ( ANGGARAN)
secubit serbuk perasa(kalau suka ttp saya tak suka)

Cara
1. Ikan dibersihkan & dibuang tulang.
2. Masukkan ikan, garam gula,ais kiub ke dalam pengisar makanan & kisar..

3.Masukkan tepung kanji & kisar sekali lagi.Sekiranya adunan masih keras tambah air sedikit demi sedikit. Sekiranya adunan ok2 sudah tidak perlu tambah air.

4
4. Adunan lekor sudah ok.

5. Ambil sedikit adunan. Taburkan tepung kanji agar tidak melekat. Bulatkan dan gentel sehingga jadi panjang.
6. Masak dalam air menddih yg ditambah sedikit minyak. Lekor masak apb timbul di permukaan periuk.

7. Angkat & toskan
.8. Gaul lekor tadi dengan minyak masak dan luruskannya
8. Potong ikut suka sebelum digoreng.Lekor boleh disimpan secara sejuk beku.