Friday, August 19, 2011

Kuih Akok


Kuih Akok
Kuih tradisional orang Kelate. Manis & lemak. Agak lama sudah mencari resepi kuih ini. Akhirnya ketemu jua dalam myresepi oleh zaliana@myresepi.com. Namun begitu, kuantiti bahan-bahan diubah suai untuk kesesuaian rasa seorang perantau dari Kelate yang tidak gemar manissss tersangat.

Bahan 

  • 5 biji telur(gred A)
  • 1 cawan pati santan
  • 1 cawan  air biasa
  • 1 cawan gula melaka( sederhana pekat)
  • setengah cawan tepung gandum
  • 1 helai daun pandan- disiat-siat
  • 1 sudu KFC garam halus(saya guna jenama Halal Gel)
Cara-cara
  1. Masak air bersama daun pandan hingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan gula melaka, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
  3. Panaskan acuan baulu cermai di atas api dapur gas(api kecil). Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.Kuih ini boleh juga dibakar dalam oven.
  4. Isi penuh acuan. Tutup dengan tudung periuk dan bakar sehingga masak. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan daripada acuan kuih ini akan sedikit mengecut. 
*Lagi bagus sekiranya anda menggunakan acuan bahulu yg diperbuat daripada tembaga & dibakar dengan sabut kelapa menggunakan api atas & bawah. Bau asap sabut kelapa menjadikan rasanya lebih asli.

No comments:

Post a Comment