Friday, August 12, 2011

Ayam Percik



Ayam Percik (utk 2 keping  sukuan belakang ayam)

kuah
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Setengah labu kecil bawang besar
1 inci halia
2 batang serai(1 diketuk & 1 diblend)

1 cawan santan segera segar
Setengah sudu kecil pes asam jawa(saya guna jenama adabi-extra asam jawa tanpa biji)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji buah keras
1 sudu besar tepung beras( campurkan dengan sedikit air)
Sedikit gula Melaka
Gula
Garam
2 setengah cawan air biasa

Bahan perap ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk cili

Cara-cara

1. Ayam dibersihkan & dibuang kulitnya. Kemudian , perap ayam  dengan gula, garam & serbuk cili selama 2 jam @ lebih.(Saya perap semalaman)
2. Blend bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, 1 batang serai, buah keras bersama 2 setengah cawan air biasa.
3. Masakkan bahan yg diblend bersama bahan-bahan lain untuk kuah kecuali tepung beras. Biarkan mendidih selama 15 minit. Kemudian, masukkan bancuhan tepung beras. Sekiranya kuah belum pekat boleh tambah lagi bancuhan tepung beras.Perasakan garam & gula. Ketepikan.
4. Ayam dibakar dalam microwave @ dibakar atas api arang(lebih sedap). Saya guna microvawe National dengan kaedah memasak utk sate 200 g. Masa lebih kurang 15 minit. Kemudian celup ayam dalam kuah percik & bakar sekali lagi selama 15 minit.
5. Apabila ayam telah masak, curahkan lebihan kuah tadi & hidangkan.

Resepi ini ihsan daripada Dr. Azman-pengusaha Yati Percik dengan sedikit ubah suai.

No comments:

Post a Comment