Sunday, July 29, 2012

Ketupat Sotong Kelate


Bahan - bahan

5 ekor sotong saiz sederhana ( dibersihkan dan dibuang kulit)
setengah cawan beras pulut (direndam dealam air biasa selama 1 jam)
1 sudu kecil halba
1 cawan santan pekat
setengah sudu kecil garam
2 cawan air biasa
1 helai daun pandan
setengah cawan gula melaka pekat yang telah dicairkan
lidi sate secukupnya..

Cara - cara
1. Masukkan beras pulut ke dalam sotong sehingga separuh penuh. Tutup dengan kepala sotong dan cucuk dengan lidi secara bersilang supaya beras pulut tdak keluar. Ulangi langkah yang sama untuk sotong-sotong lain.
2. Masak sotong bersama air, garam, halba, daun pandan dan santan sehingga pulut di dalam sotong masak sepenuhnya(agak2lah ya).
3. Kemudian masukkan gula melaka. Apabila kuahnya separuh kering, tutup api dan boleh dihidangkan.

Karipap Bulat Berpusing2



Bahan inti
  • 1 keping dada ayam (dipotong dadu kecil2)
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 ulas bawang merah
  • setengah inci halia (pilihan)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan (campur dengan 3 sudu besar air)
  • 2 biji kentang saiz sederhana (dibuang kulit & dipotong dadu kecil2 & rebus hingga empuk
  • daun bawang dan daun sup dipotong halus (pilihan)
  • gula dan garam secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak masak
 Cara masak inti
1. Kisar bawang merah, halia dan bawang putih.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing.

3. Masukkan rempah kari ikan dan bawang besar.

4. Setelah rempah masak, masukkan ayam  dan gaul sebati.

5. Masukkan kentang rebus, gula, garam dan daun bawang dan daun sup.

6. Kacau sehingga masak.

Bahan Doh

Bahan A (Doh Minyak)
4 cawan  tepung gandum
1 cawan air suam
Suku  cawan minyak masak
Setengah sudu KFC  garam
* Gaul tepung dan minyak masak. Masukkan campuran air dan garam sedikit demi sedikit sambil diuli hingga sebati. Apabila adunan sudah jadi doh jangan lagi ditambah air. Buatkan bebola2 kecil. (buat 8 bebola kecil)

Bahan B (Doh shortening[lelemak sayur])
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar shortening


* Gaul & uli hingga menjadi doh yg tak melekit. Sekiranya adunan belum jadi doh, tambahkan shortening. Buatkan bebola2, lebih kecil dari doh minyak. (buat 8 bebola kecil)

Cara:
Ambil setiap bebola dari doh shortening dan masukkan ke dalam bebola minyak yg telah dileperkan hingga menjadi satu bebola yg besar.
Ulang hingga kesemua bebola habis digunakan.

Kemudian ambil sebiji bebola tadi dan canaikan hingga menjadi persegi empat. 

Sesudah itu gulung doh tadi hingga menjadi seperti swiss roll. 

Setelah itu canai lagi (memanjang) lalu digulung sekali lagi.

Akhir sekali, potonglah doh ini kpd 6 bahagian mengikut saiz karipap anda. Buat seperti ini kpd kesemua bebola tadi hingga selesai. (Kalau 4 bahagian kulit karipap anda agak tebal). Manakala 8 bahagian agak nipis.

Ambil satu gulungan yg telah dihiris/potong tadi dan canai leper. 

Ambil satu lagi gulungan yg telah dihiris/potong tadi dan canai leper


Letak inti



Tutup dengan kulit karipap yang satu lagi

Kelim di sekelilingnya.
Goreng dalam minyak yang banyak dengan api sederhana. Karipap ini boleh disejukbekukan.

Lemak Putih Pucuk Paku


Bahan-bahan
1 ikat pucuk paku dipotong 2 cm)
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1biji cili hijau
10 biji lada hitam
1 ekor ikan selayang @ basung @ tulai ( dikukus & dibuang tulang)
setengah cawan santan
1 biji ubi keledek @ ubi manis (dibuang kulit dan dipotong menyerong)
1 cawan air
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Kisar bawang merah, bawang putih, lada hitam dan ikan.
2. Masakkan bahan kisar bersama pati santan, keledek dan 1 cawan air. sehingga keledek empuk.
3.Masukkan pucuk paku, cili hijau dan perasakan garam.
4. Apabila pucuk paku bertukar warna matikan api. Jangan masak terlalu lama nanti pucuk pakunya lembik.

Saturday, July 28, 2012

Laksa Johor



Bahan2 kisar..
2 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
20 tangkai cili kering - rendam air panas - toskan
2 sdk udang kering - rendam air panas - toskan
1 sdb belacan
50 gm ikan masin
1 cawan air

Bahan2 A..
4 sdb serbuk kari ayam - gaul bersama 150 ml air
2 ekor ikan kembong - saiz besar*
4 ekor ikan sardin*
1 keping ikan parang* - *cuci bersih semua ikan - rebus bersama 1500 ml air - ambil isi - kisar halus
300 gm udang basah - buang kulit - cuci bersih - rebus bersama 500 ml air - kisar halus
500 ml santan
1 sdb asam jawa 'ADABI'
Segenggam daun kesom*
Segenggam daun pudina* - *dicincang halus
Garam, gula dan perasa
2 sdb kerisik

Bahan2 B..
1 bungkus speghetti - rebus sehingga masak
1 biji timun jepun - hiris memanjang
1 mangkuk taugeh
10 batang kacang panjang - hiris halus
5 biji limau kasturi - belah dua

Bahan2 sambal..
3 biji cili merah besar*
3 biji cili api* - *tumbuk lumat
1 sdk gula
1 sdk jus lemon

Cara2nya..
1. Panaskan minyak dalam periuk besar, tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan pes kari, biar sehingga kari masak.
3. Tuang air rebusan ikan, air rebusan udang, santan dan asam jawa, biarkan mendidih selama 15 minit.
4. Tambahkan daun pudina, daun kesom, garam, gula dan perasa, gaul sebati dan biarkan mendidih lagi 10 minit.
5. Akhir sekali masukkan kerisik dan renehkan selama 30 minit sambil dikacau selalu.
6. Hidangkan speghetti didalam mangkuk bersama timun, taugeh, kacang panjang, limau kasturi dan sambal cili, tuangkan kuah dan hidangkan.

sumber daripada :  http://juicycafe.blogspot.com/2011/04/laksa-johor.html

Bubur Ayam


Bahan-bahan
1 keping dada ayam
3 ulas bawang putih
suku labu bawang besar
1 inci halia
1 sudu besar stok ayam maggi(cecair)
1 sudu besar lada sulah
garam secukup rasa
1 pot beras
air secukupnya
daun sup dan daun bawang
bawang goreng
fish kek
minyak masak

Cara-cara
1. Cuci beras dan tanak bersama air yang banyak sehingga hancur. kalau belum hancur boleh ditambah air lagi.
2. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia. Tumis tanpa minyak.
3. Setelah agak kering, masukkan ayam, lada sulah ,stok ayam dan air. Renehkan sehingga ayam masak.
4. Angkat dan toskan ayam. Seterusnya, ayam digoreng, diangkat dan disiat-siat.
5. Air ayam tadi dimasukkan dalam bubur nasi & perasakan garam.
6. Tuang bubur ke dalam mangkuk dan hiaslah dengan daun sup, daun bawang isi ayam dan fish kek.

Kuih Piana


Bahan 

  • 5 biji telur(gred A)
  • 1 cawan pati santan
  • 1 cawan  air biasa
  • 1 cawan gula melaka( sederhana pekat)
  • setengah cawan tepung gandum
  • 1 helai daun pandan- disiat-siat
  • 1 sudu KFC garam halus(saya guna jenama Halal Gel)
Cara-cara
  1. Masak air bersama daun pandan hingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan gula melaka, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
  3. Panaskan acuan bunga di atas api dapur gas(api kecil). Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.Kuih ini boleh juga dibakar dalam oven.
  4. Isi penuh acuan. Tutup dengan tudung periuk dan bakar sehingga masak. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan daripada acuan kuih ini akan sedikit mengecut.  

Friday, July 27, 2012

Pastri Lapis

Bahan-bahan ( 18 biji ) 

Untuk buat doh pastri:
  • 150ml air sejuk (air peti ais)
  • 300g tepung roti
  • 3 sudu besar minyak jagung/minyak matahari
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 1 sdk baking powder
  • 200g pastri marjerin 
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu teh garam

    Cara-cara
Dalam satu bekas, masukkan bhn2 doh KECUALI pastri margerin (ikut susunan iaitu mula2 masukkan air). Kemudian gaul dgn tangan pastu uli hingga sebati.
   
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
   
Ambil 1 adunan pastri & lumur dengan tepung gandum.

 Canaikan pastri setebal 0.5 cm dan berbentuk empat segi bujur.



 Ambil 100g pastri marjerin dan diletakkan di atas doh menutupi dua pertiga permukaan.



Lipat satu pertiga pastri yang tidak berpastri marjerin menutupi setengah permukaan doh yang berpasteri marjerin.
 
 Lipat lebihan satu pertiga doh yang berpastri marjerin.


 Palingkan doh seperti dalam gambar. lakukan begini setiap kali sebelun mencanai kepada empat segi bujur.



Doh yang telah dicanai kepada 4 segi bujur


Lipatkan doh seperti melipat buku.(lipatan kali 1)


 Doh yang sudah berlipat,simpan dalam bekas bertutup dan  rehatkan selama 1 jam  dalam peti ais sebelum lipatan seterusnya. Lakukan langkah yang sama untuk doh kedua.



Keluarkan doh daripada peti sejuk dan canai setebal 0.5 cm.




 Lipatkan doh seperti melipat buku.(lipatan kali 2)

Palingkan doh seperti dalam gambar. lakukan begini setiap kali sebelun mencanai kepada empat segi bujur.


 Canai setebal 0.5 cm.


 Lipatkan doh seperti melipat buku.(lipatan kali 3) 





Palingkan doh seperti dalam gambar. lakukan begini setiap kali sebelun mencanai kepada empat segi bujur.



Canai doh setebal 0.5 cm


 Potong doh kepada 3 bahagian


 Ambil satu daripada potongan dan potong kepada 3 bahagian.


Ambil satu keratan doh dan canai segi empat bujur.






 Kemudian boleh disejukbekukan.

Roti Pizza (Pizza base)

 

Bahan-bahan
500 gram bread flour
3 sudu teh yis
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
3 sudu teh minyak masak/minyak jagung/minyak bunga matahari/minyak zaitun
1 susu besar shortening
250ml air biasa

cara-cara
1.Bancuh yis dengan air, gula & kacau rata.
 

2.Gaul tepung roti & garam hingga sekata. Masukkan air yis sedikit demi sedikit & uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Lagi lama lagi bagus. Tutup dengan kain sehingga naik sekali ganda.
 

3. Apabila telah naik sekali ganda, bahagikan kepada 10 bahagian yang sama besar untuk piza mini dan 5 bahagian untuk saiz biasa.
 

4. Canai doh seperti  lempeng. Bungkus dengan plastik dan sejukbekukan.



Wednesday, July 25, 2012

PUDING KARAMEL 1


Bahan-bahan

7 biji telur
1/2 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu besar esen Vanilla
1/2 tin susu pekat
1 tin susu cair
3 sudu besar gula – untuk buat karamel
2 sudu besar air biasa

Cara-cara















Masukkan gula ke dalam loyang dan panaskan di atas api yang kecil. Apabila gula keperangan keseluruhannya, padamkan api. Masukkan 2 sudu besar air dengan berhati-hati sebab akan berlaku percikan. Nyalakan api semula. Kacau sehingga gula larut sepenuhnya. Sejukkan loyang. 


Kacau telur di dalam bekas atau mangkuk. Masukkan tepung kastard, susu pekat, susu cair dan esen Vanilla. Kacau sehingga sebati. 


Tapis adunan.




Tuang adunan ke dalam loyang tadi dan kemudian kukus dengan api yang sederhana selama 40 - 50 minit.


Keluarkan dari pengukus dan sejukkan.



Terbalikkan karamel dalam bekas yang sesuai.
Siap untuk dihidangkan. Lebih sedap jika disejukkan dalam peti ais.


diubah suai daripada sumber ; http://dapurmalaysia.com/resepi-puding-karamel/

Tuesday, July 24, 2012

Popia Goreng


Bahan -bahan ( 50 biji)

1 bungkus  kulit popia (saiz sederhana)

Inti
2 biji sengkuang (saiz sederhana) - dibuang kulit & disagat
2 biji lobak merah (dibuang kulit & disagat)
1 ikat kangkung ( buang daunnya & potong kecil2
1 keping dada ayam (didadukan kecil2)
10 biji bebola ayam ( dipotong memanjang)
1 labu bawang besar(dimayang)
2 ulas putih (diketuk & hiris halus)
sedikit daun bawang & daun sup (dipotong halus)
1 sudu besar minyakk masa
garam secukup rasa


cara
1. Panaskan minyak & tumis bawang putih hingga garing.
2. Masukkan bawang besar & isi ayam & bebola ayam,
3. Masukkan kangkung.
4. Masukkan sengkuang, lobak merah, daun bawang, daun sup & perasakan garam. Gaul rata. Jangan masak terlalu lama.
5. Toskan selama setengah jam.
6. Ambil sekeping kulit popia, letakkan inti dan gulung. Letakkan sedikit air di hujung kulit popia sebagai pelekat. Buat sehingga habis kulit popia
7.Goreng popia dalam kuali panas sehingga warna kekuningan.

*** popia boleh disejukbekukan


Monday, July 23, 2012

Udang Goreng Tepung


Bahan-bahan
 12 ekor udang saiz sederhana (dibuang kulit, dibersihkan & buang saluran di atas belakangna)
3 sudu besar tepung goreng ayam ADABI
2 sudu besar tepung naik sendiri
1 biji telur ayam
air biasa secukupnya
minyak masak

Cara-cara
1. Gaul sebati tepung goreng ayam, tepung naik sendiri dan telur.
2. Tambahkan sedikit demi sedikit air sehingga adunan agak pekat seperti adunan tepung untuk pisang goreng.
3. Panaskan minyak. Celupkan udang ke dalam adunan tadi & goreng sehingga garing.

Kentang Puff



Bahan-bahan ( 18 biji ) 

Untuk buat doh pastri:( cara di resipi pastri lapis)
  • 150ml air sejuk (air peti ais)
  • 300g tepung roti
  • 3 sudu besar minyak jagung/minyak matahari
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 1 sdk baking powder
  • 200g pastri marjerin 
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu teh garam


    Bahan sapuan atas puff
    1 biji kuning telur

    Untuk inti: 
  • 1 keping dada ayam (dipotong dadu kecil2)
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 ulas bawang merah
  • setengah inci halia
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan (campur dengan 3 sudu besar air)
  • 2 biji kentang saiz sederhana (dibuang kulit & dipotong dadu kecil2 & rebus hingga empuk
  • daun bawang dan daun sup dipotong halus (pilihan)
  • gula dan garam secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak masak
 Cara masak inti

1. Kisar bawang merah, halia dan bawang putih.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing.
3. Masukkan rempah kari ikan dan bawang besar.
4. Setelah rempah masak, masukkan ayam  dan gaul sebati.
5. Masukkan kentang rebus, gula, garam dan daun bawang dan daun sup.
6. Kacau sehingga masak.

Cara-cara  

Ambil satu keratan doh dan canai segi empat bujur



Kemudian letak inti dalamnya. 

  
Tutup doh pastri . 
  
Tekan dengan garfu di tepi-tepinya.


Kelar secara menyerong atau memanjang atau tanpa kelaran
   
Ulangi langkah yang sama untuk doh yang lain.

Lengserkan dulang membakar dengan marjerin. Sapukan campuran telur kuning  di atas puff.


Bakar dalam oven dengan kepanasan 180C  selama 20 minit. Selepas masak sapukan puff dengan mentega/marjerin.


Kentang Puff boleh disejukbekukan.