Tuesday, August 2, 2011

keropok lekor


Bahan

1 kilo ikan selayang @ basung
300 gram tepung kanji(susah mau dapat tepung sagu)
3 sudu KFC garam
3 sudu KFC gula
10 ketul ais kiub
1 setengah cawan air(saya guna pot sukat beras) ( ANGGARAN)
secubit serbuk perasa(kalau suka ttp saya tak suka)

Cara
1. Ikan dibersihkan & dibuang tulang.
2. Masukkan ikan, garam gula,ais kiub ke dalam pengisar makanan & kisar..

3.Masukkan tepung kanji & kisar sekali lagi.Sekiranya adunan masih keras tambah air sedikit demi sedikit. Sekiranya adunan ok2 sudah tidak perlu tambah air.

4
4. Adunan lekor sudah ok.

5. Ambil sedikit adunan. Taburkan tepung kanji agar tidak melekat. Bulatkan dan gentel sehingga jadi panjang.
6. Masak dalam air menddih yg ditambah sedikit minyak. Lekor masak apb timbul di permukaan periuk.

7. Angkat & toskan
.8. Gaul lekor tadi dengan minyak masak dan luruskannya
8. Potong ikut suka sebelum digoreng.Lekor boleh disimpan secara sejuk beku.



No comments:

Post a Comment