Saturday, June 2, 2012

Pizza Hawaian Chicken


Bahan-bahan
roti pizza
500 gram bread flour
1 paket yis Mauripan
1 sudu teh garam halus
3 sudu teh minyak masak/minyak jagung/minyak bunga matahari/minyak zaitun
250ml air biasa

topping pizza
suku dada ayam dipotong dadu.
sedikit halia
1 ulas bawang putih
setengah biji bawang besar saiz kecil dipotong dadu
2 sudu besar nanas dalam tin
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar oregano
sudu besar serbuk lada sulah
setengah sudu teh garam halus
3 potong filamen ketam dipotong pendek2
3 biji cendawan butang dalam tin dihiris nipis
3 batang sosej dipotong menyerong
keju mozzarela secukupnya.
1 sudu besar minyak untuk menumis
cara
1. Tumis bawang putih & halia yang dikisar.
2. masukkan ayam,cendawan butang, nanas, lada hitam  & setengah sudu garam.
3. Apabila ayam warna putih, angkatlah. Jangan masak lama-lama.


cara-cara
1.Bancuh yis dengan air & kacau rata.
2.Gaul tepung roti & garam hingga sekata. Masukkan air yis sedikit demi sedikit & uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Lagi lama lagi bagus. Tutup dengan kain sehingga naik sekali ganda.


3. Apabila telah naik sekali ganda, bahagikan kepada 5 bahagian yang sama besar.

4. Canai doh seperti  lempeng.

5. Lengserkan loyang dengan marjerin, letakkan roti pizza & cucuk2kan dengan garfu.

6.Lumurkan roti dengan sos tomato, sos cili & oregano.


7. Taburkan ayam, bawang besar, cendawan butang, nanas, filamen ketam. Sepatutnya ayam dimasak setengah masak bersama halia & bawang putih. kalau masukkan ayam mentah, pizza akan banjir sebab air ayam.

8. Taburkan keju mozzarela. Sebenarnya lagi banyak lagi sedap. Memandangkan keju ini mahal pandai-pandailah kalau mahu jimat. Biasanya 250g keju cukup untuk 5 biji pizza.


9. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 darjah Celsius.

SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment