Wednesday, August 1, 2012

Roti Jala inti Kentang

bahan-bahan inti
  • 1 keping dada ayam (dipotong dadu kecil2)
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 ulas bawang merah
  • setengah inci halia
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan (campur dengan 3 sudu besar air)
  • 2 biji kentang saiz sederhana (dibuang kulit & dipotong dadu kecil2 & rebus hingga empuk
  • daun bawang dan daun sup dipotong halus (pilihan)
  • gula dan garam secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak masak
 Cara masak inti
1. Kisar bawang merah, halia dan bawang putih.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing.

3. Masukkan rempah kari ikan dan bawang besar.

4. Setelah rempah masak, masukkan ayam  dan gaul sebati.

5. Masukkan kentang rebus, gula, garam dan daun bawang dan daun sup.

6. Kacau sehingga masak.


bahan-bahan roti jala
2 cawan tepung gandum
Suku cawan  susu cair
Setengah sudu kecil garam
2 setengah cawan air biasa(sekiranya adunan masih pekat, tambahkan sedikit air lagi)
sedikit kunyit @ pewarna kuning

Cara
1. Satukan semua bahan dalam bekas dan kacau rata
2. Tapis adunan.
3. Panaskan kuali nonstick(saya guna jenama Tefal) & mulalah menjala dgn acuan roti jala. Mulakan jalaan dari bahagian paling luar ke bahagian dalam.
4. Apabila nampak garing sedikit, boleh diangkat, letakkan inti dan gulung.

No comments:

Post a Comment