bahan A
5 paket ketupat nasi miniair secukupnya
cara
1. Rebus ketupat mini sehingga masak dengan api perlahan.
bahan B
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
sedikit lengkuas
1 sudu besar rata ketumbar biji1 sudu besar rata jintan manis biji
1/4 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1 paket sup bunjut tulang
2 keping dada ayam dengan tulang belakangnya
daun sup tanpa dihiris
daun bawang tanpa dihiris
2 sudu minyak
1 biji kentang rebus yang dikisar halus
1 sudu besar susu pekat manis
cara
1. Goreng ( bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas )yang dimayang ,buah keras, ketumbar, jintan manis, kunyit hidup sehingga garing.
2. Angkat , tambah air dan kisar.
2. Tumis bahan yang dikisar sehingga garing.
3. Masukkan 2 cawan air & sup bunjut biarkan mendidih 10 minit.
4. Masukkan ayam biarkan mendidih sehingga ayam separuh masak. Perasakan garam. Angkat & tos ayam tersebut.
5. Tambah 5 cawan air atau lebih. Tambah garam, daun sup, daun bawang,susu pekat manis, kentang kiasar& renehkan sup dengan api perlahan.
6. Ayam digoreng sehingga garing & disiat kecil-kecil.
Bahan C (begedil)
2 biji kentang saiz sederhana
minyak untukmenggoreng
garam
telur(dipukul)
cara
1. Kupas kulit kentang & belah lapan & goreng.
2. Apabila sudah garing angkat & ketepikan.
3. Tumbuk kentang hingga lumat.
4. Perasakan garam & bentukkan bulat leper.
5. Celup dalam telur dan goreng.
Bahan D (untuk hiasan)
daun sup dihiris halus
daun bawang dihiris halus
telur rebus
bawang goreng
Bahan E(sambal cili)
cili api (kisar halus)
bawang merah
bawang putih
sedikit belacan
minyak masak untuk menumisair
cara
1. Goreng cili, bawang merah, bawang putih, belacan hingga garing.
2. Angkat bahan yang digoreng, tambah air &kisar.
3. Didihkan sehingga sedikit pekat.
5. Siap.
Bahan F (suhun)
1 paket suhun saiz sedehana
sedikit minyak
air secukupnyacara
1. Didihkan air & minyak.
2. masukkan suhun.
3. Biarkan seketika.
4. lalukan suhun pada air paip & toskan.
Cara penyediaaan
1. Campurkan nasi impit, ayam yg dicarik2, suhun, daun sup, daun bawang, bawang goreng,telur, begedil.
2. Siram kuah sup & tambah sambal cili.
No comments:
Post a Comment