Monday, August 18, 2014

MI UDANG

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk kecil mi kuning (cuci dan ditoskan)
Kuah
  • 5 ekor udang saiz besar(belah belakang)
  • 5 ekor udang saiz kecil(belah belakang & buang cengkerang kepalanya)
  • 3ulas bawang putih*
  • setengah labu bawang besar*
  • setengah biji tomato holland*
  • 1 sudu besar udang kering* (bahan * dikisar)
  • 5 sudu besar cili kering kisar(mau pedas tambah kuantitinya)
  • garam  secukup rasa
  • 3 mangkuk kecil air atau secukupnya
  • 3 tangkai sawi (bersihkan & potong pendek2)  
  • 5 biji bebola ikan
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu kicap manis (pilihan)
  Hiasan
  •  daun sup
  • bawang goreng     

Cara-cara
  1. Kisar bawang putih, setengah biji tomato, udang kering, bawang besar & sedikit air..
  2. Tumis bahan2 kisar hingga wangi dan garing, Kemudian masukkan 5 sudu besar cili kering kisar. Didihkan bersama 1 mangkuk. air
  3. Apabila mendidih, masukkan udang. Angkat semua udang apabila kepalanya telah bertemu dengan ekor. Kepala udang  kecil dikisar bersama 2 mangkuk air.
  4. Masukkan air udang tadi & didihkan.
  5. Masukkan mi kuning. Kemudian masukkan bebola ikan, udang2 dan sawi.
  6. Perasakan dengan garam..
  7. Matikan api.
  8. Hias dengan daun sup & bawang goreng.
  9. Siap untuk dimakan.

Saturday, August 16, 2014

BISKUT FLORENTINE/CRUNCHY CARAMEL ALMOND COOKIES


Bahan-bahan

200g tepung florenta
300g badam keping
100g kuaci hijau
100g biji bunga matahari
10g bijan hitam

Cara
1. Satukan semua bahan. Gaul rata sehingga semua bahan bersalut sempurna.
2. Sediakan loyang 8 x 11 inci. Alas loyang dgn baking paper.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
3. Tuang 1 bahagian adunan  dalam loyang & ratakan sehingga nipis.
4. Bakar dalam oven selama 10 minit dengan suhu 150 C.
5. Potong kepada kepingan ikut suka sejurus dikeluarkan daripada oven.
6. Keluarkan biskut daripada loyang. Sejukkan sebentar. Simpan dalan bekas kedap udara.
                                                       Tepung Florenta/Florentina/Florentine

                                                                          Badam keping

                                                                       Kuaci hijau

                                                                 Biji Bunga Matahari

                                                                  Gaul dengan sempurna

                                                                               Tekan

                                                         Potong sejurus keluar daripada oven

                                                                           Siap

Selamat Mencuba

Friday, August 15, 2014

Soto Resepi 2

bahan A
5 paket ketupat nasi mini
air secukupnya

cara
1. Rebus ketupat mini sehingga masak dengan api perlahan.

bahan B
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
sedikit lengkuas
1 sudu besar rata ketumbar biji
1 sudu besar rata jintan manis biji
1/4 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1 paket sup bunjut tulang
2 keping dada ayam dengan tulang belakangnya
daun sup tanpa dihiris
daun bawang tanpa dihiris
2 sudu minyak
1 biji kentang rebus yang dikisar halus
1 sudu besar susu pekat manis

cara
1. Goreng ( bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas )yang dimayang ,buah keras, ketumbar, jintan manis, kunyit hidup sehingga garing.
2. Angkat , tambah air dan kisar.
2. Tumis bahan yang dikisar sehingga garing.
3. Masukkan 2 cawan air & sup bunjut biarkan mendidih 10 minit.
4. Masukkan ayam biarkan mendidih sehingga ayam separuh masak. Perasakan garam. Angkat & tos ayam tersebut.
5. Tambah 5 cawan air atau lebih. Tambah garam, daun sup, daun bawang,susu pekat manis, kentang kiasar& renehkan sup dengan api perlahan.
6. Ayam digoreng sehingga garing & disiat kecil-kecil.

Bahan C (begedil)
2 biji kentang saiz sederhana
minyak untukmenggoreng
garam
telur(dipukul)

cara
1. Kupas kulit kentang & belah lapan & goreng.
2. Apabila sudah garing angkat & ketepikan.
3. Tumbuk kentang hingga lumat.
4. Perasakan garam & bentukkan bulat leper.
5. Celup dalam telur dan goreng.

Bahan D (untuk hiasan)
daun sup dihiris halus
daun bawang dihiris halus
telur rebus
bawang goreng

Bahan E(sambal cili)
cili api (kisar halus)
bawang merah
bawang putih
sedikit belacan
minyak masak untuk menumis
air

cara
1. Goreng cili, bawang merah, bawang putih, belacan hingga garing.
2. Angkat bahan yang digoreng, tambah air &kisar.
3. Didihkan sehingga sedikit pekat.
5. Siap.

Bahan F (suhun)
1 paket suhun saiz sedehana
sedikit minyak
air secukupnya

cara
1. Didihkan air & minyak.
2. masukkan suhun.
3. Biarkan seketika.
4. lalukan suhun pada air paip & toskan.

Cara penyediaaan
1. Campurkan nasi impit, ayam yg dicarik2, suhun, daun sup, daun bawang, bawang goreng,telur, begedil.
2. Siram kuah sup & tambah sambal cili.

Sunday, August 10, 2014

DURIAN CREPE




Oleh: Eyna Haneyna
 
Bahan-bahan untuk kulit :
- 20gm tepung gandum
- 20gm tepung ubi
- 10gm tepung kastard
- 10gm tepung jagung
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil minyak masak
- 1 sudu besar gula halus
- 40 ml susu cair
- 150 ml air
- pewarna kuning
- perisa durian (x masukkan pun x apa)

Cara Membuat:
- masuk semua bahan dalam mangkuk..sebatikan dengan sudu dan tapis..kalau pekat tmbh air sikit..
- ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yg dipegang..
- layangkan kuali agar adunan sekata..
- masak atas api kecil..
- masak hingga kering..angkat..tak perlu terbalikkan masa angkat tu

Bahan-bahan untuk filling :

- 150ML FRESH CREAM diputar hingga kental.
- isi durian..

Cara Membuat :

- letakkan fresh cream, letak isi durian ..dan letak lagi fresh cream di atasnya..
- lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..
- siap.

Sumber : BUKU RESEPI