Wednesday, February 13, 2013
CHEESE CAKE
Bahan
250g cream cheese( saya guna brand Philadelphia Kraft)
50g vanilla sponge mix
50g gula castor(dibahagikan 2)
3 biji telur gred A (asingkan telur kuning dan telur putih)
50g air
50g mentega(dicairkan)
Cara
adunan A
1. Pukul cream cheese sehingga kembang.
2. Masukkan telur kuning, vanilla sponge mix, air dan gula. Pukul sehingga kembang.
3. Masukkan mentega dan kaup balik sahaja.
adunan B
1. Putar telur putih dan gula sehingga kembang. Apabila diterbalikkan adunan tidak jatuh.
2. Masukkan adunan A ke dalam adunan B sedikit demi sedikit dan kacau sehingga rata.
3. Lengser loyang 7" dengan minyak masak dan lapik dengan baking paper.
BAKAR SELAMA 40 MINIT DENGAN SUHU 160 DARJAH CELSIUS SECARA DOUBLE BOILING. BAKAR DI RAK YANG PALING BAWAH.
Topping
100g whipping cream brand Rich's
Cheddar cheese brand Kraft(diparut halus)
cokelat rice warna-warni
cara
1. Putar whipping cream hingga kental.
2. Sapu di sekeliling kek dan tabur cheddar cheese dan cokelat rice warna-warni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment