Tuesday, February 19, 2013

Bread maker

Memudahkan kerja uli-menguli.

PERIA SUMBAT


Bahan A
setengah biji peria biasa
inti secukupnya [ resipi di bahan B]
minyak masak

Cara2

1. Peria dibuang empulur dan bijinya.
2. Rendam dalam air garam selama 2 jam @ tak rendampun ok juga.
3. Masukkan inti ke dalam peria.
4. Goreng sehingga masak.


Bahan B
# 4 pot isi ikan tenggiri @ 500g
4 sudu kfc gula
4 sudu kfc garam[saya guna garam bukit. Garam biasa kurangkan kuantiti]
12 ketul ais kiub @ 200g
8 ulas bawang putih
1 cawan tepung jagung @ 100g
setengah cawan tepung kanji @ 50g
1 biji  telur
1 sudu kfc serbuk lada hitam
 
Cara
1.kisar isi ikan,gula,garam,bawang putih, lada hitam, & ais hingga lumat dlm pengisar makanan(food processor).
2.masukkan tepung jagung & tepung kanji & kisar hingga sebati.
3.rehat beberapa jam dalam peti ais sblm dibulat2.
 
#pot plastik utk sukat beras yg sedia ada dlm rice cooker.


Sunday, February 17, 2013

ROTI MANIS

BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 375 gm tepung roti (high protein flour)
  • 100 gm tepung gandum
  • 35 gm susu tepung
  • 1 biji telur
  • 80 gm gula halus
  • 3/4 camca teh garam
  • 1 bungkus yis brand kijang
  • 150 ml air suam (kurang lebih)
  • 40 gm mentega
  • 4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 gm tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)
  • sedikit planta untuk sapuan
CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH ROTI :- 
  1. Satukan air suam dengan ragi, kacau rata dan biar berbuih. Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, tepung roti, garam, gula, telur dan water roux, gaul rata hingga sebati, masukkan ragi tadi dan gaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal, lembut dan anjal. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik dan biar naik 2 kali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam bread maker. Pilih setting untuk "Doh" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kepada 16 bahagian sama besar. Bulat2kan setiap doh dan susun dalam bekas yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau hingga perang keemasan. 
  4. Keluarkan roti dari oven dan sapukan planta di atasnya.
DIUBAH SUAI DARIPADA  http://yatiememories.blogspot.com/2013/02/roti-manis-ala-jepun.html. TQVM

Wednesday, February 13, 2013

CHEESE CAKE




Bahan
250g cream cheese( saya guna brand Philadelphia Kraft)
50g vanilla sponge mix
50g gula castor(dibahagikan  2)
3 biji telur gred A (asingkan telur kuning dan telur putih)
50g air
50g mentega(dicairkan)

Cara
adunan A
1. Pukul cream cheese sehingga kembang.
2. Masukkan telur kuning, vanilla sponge mix, air dan gula. Pukul sehingga kembang.
3. Masukkan mentega dan kaup balik sahaja.

adunan B
1. Putar telur putih dan gula sehingga kembang. Apabila diterbalikkan adunan tidak jatuh.
2. Masukkan adunan A ke dalam adunan B sedikit demi sedikit dan kacau sehingga rata.
3. Lengser loyang 7" dengan minyak masak dan lapik dengan baking paper.

BAKAR SELAMA 40 MINIT DENGAN SUHU 160 DARJAH CELSIUS SECARA DOUBLE BOILING. BAKAR DI RAK YANG PALING BAWAH.

Topping
100g whipping cream brand Rich's
Cheddar cheese brand Kraft(diparut halus)
cokelat rice warna-warni

cara
1. Putar whipping cream hingga kental.
2. Sapu di sekeliling kek dan tabur cheddar cheese dan cokelat rice warna-warni.


Monday, February 11, 2013

BIHUN GORENG

BAHAN-BAHANNYA :
• 1/2 paket bihun (direndam hingga lembut)
• 3 pokok sawi (dihiris)
• 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
• Suku labu bawang besar (ditumbuk)

• 1/2 sdk serbuk cili
• Stok ayam pekat maggi,sos tomato,kicap manis dan kicap cair secukupnya
• daun sup dan daun bawang
• minyak untuk menumis
• air secukupnya
• garam

CARA-CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga garing.Masukkan air, serbuk cili dan didih sebentar.
2. Tambahkan sos – sos, dan kicap. Kacau hingga rata.Masukkan sawi dan perasakan garam. Angkat apabila bihun telah lembut.
3. Tabur daun sup dan daun bawang dan telur dadar sebelum menghidang.

Telur dadar
1 biji telur
Garam dan lada sulah secukup rasa
1 sudu besar minyak

cara
1. Panaskan minyak di atas api yang kecil.dan lenggangkan kuali.
2. Masukkan campuran telur itu dan lenggangkan kualinya biar telurnya merebak rata-rata.
3. Apabila bahagian bawahnya.telah masak tetapi belum kuning. Balikkan telur dadar itu dengan berhati-hati. Masakkan dengan cara yang sama & angkat dari kuali dengan berhati-hati supaya tidak pecah.
4. Gulung dan potong nipis..