Bahan-bahan ( Saiz Loyang: 8” )
BAHAN – BAHAN KEK:
- 375 gram vanilla sponge mix [tepung optima]
- 6 biji telur gred B
- 90 gram air
- 120 gram mentega yang telah dicairkan[panaskan sehingga cair dengan api perlahan]
- 6 jenis pewarna (biru tulin, merah,pink,hijau,kuning telur dan ungu) brand Star Brand(kecuali ungu tanpa brand)
Cara –
cara kek
- Campurkan telur, air dan vanilla sponge mix, pukul hingga gebu dan bertanduk.
- Kemudian masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau sedikit.[kaup balik sahaja].
- Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama.
- Tuang 1 adunan ke dalam loyang 8" yang telah disapu dengan mentega dan dilapik dengan baking paper.
- Bakar dengan suhu 170 C selama 12 minit dengan api atas bawah.[bergantung pada jenama oven masing2] @ sehingga masak. Ulangi untuk adunan 2 dan seterusnya. Gunakan loyang yang sama saiz. Saya guna 3 loyang yang sama saiz. Setiap loyang 2 kali dibakar.
- Kek yang telah masak dibiarkan sejuk. Buang permukaan atasnya( supaya kek betul2 melekat antara 1 lapis dengan lapis yang lain). Simpan kek di dalam peti sejuk selama beberapa jam. Lapik setiap kek dengan plastik agar tidak melekat.
TOPPING:
- 250 gram cream cheese Tatura
- 120 gram gula castor
- 120 gram mentega
Cara-cara
- Pukul semua bahan sehingga gebu dan ringan.
Untuk melapis.
- Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
- Sapu sedikit cream cheese di atasnya dan ratakan.
- Letak lapisan kek yang berwarna lain pula di atasnya dan ulang langkah ini hingga habis. Kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi di sekeliling kek.
- Hias mengikut kreativiti masing-masing.
No comments:
Post a Comment