Friday, October 4, 2013
NASI LEMAK PANDAN
Bahan-bahan
Nasi [untuk 4-5 orang]
2 pot beras herba ponni
setengah pot santan segera segar
1 sudu kfc garam
5 helai daun pandan saiz sederhana [kisar bersama 1 cawan air biasa + tapis= jus pandan]
pewrna hijau epal [kalau suka]
Cara-cara
1. Bersihkan beras.
2. Masukkan santan, jus pandan dan air sehingga no. 4 di periuk nasi, garam dan tanak sehingga masak.
* sekiranya anda menggunakan beras biasa masukkan air mengikut sukatan biasa anda.
* pot ialah bekas sukat beras yg sedia ada dalam periuk nasi
Sambal Bilis
2 pot ikan bilis
1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
sedikit belacan
sedikit ikan bilis
gula melaka
1 sudu besar kicap manis
setengah pot minyak masak
sedikit asam jawa
2 pot cili kisar
Cara-cara
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.Goreng ikan bilis hingga separuh garing. Angkat.
1. Kisar bawang putih, setengah biji bawang besar, sedikit ikan bilis dan belacan.
2. Tumis bahan kisar ikan bilis & setengah biji bawang besar yang dimayang sehingga wangi & bertukar warna kekuningan.
3. Masukkan cili kisar & 2 pot air. Biarkan mendidihkan. Masukkan asam jawa, gula melaka, kicap, ikan bilis yang digoreng tadi & daun pandan. Kecilkan api & biar lama sedikit masaknya. Kalau suka pedas, lebihkan cili. Kalau suka manis lebihkan gula melaka.
SELAMAT MENCUBA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment