oleh: hasiah63
Bahan-bahan ( anggaran 1 kg )
- 4 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit
Cara-cara
- Air, garam dan pewarna dikacau sebati.
- Pecahkan telur ke dalam tepung, kemudian masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh.
- Bulatkan menjadi beberapa bahagian kecil, bentukkan memanjang.
- Gelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing), buat hingga selesai.
- Gelek pula no.1(paling nipis). Sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain.
- Gelekkan pula pada mesin bahagian buat mi, pegang semasa gelek doh tersebut supaya mee tidak menjadi keriting.
- Celurkan mi ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang 3-4minit.
- Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir.
- Toskan, apabila kering sedikit barulah gaulkan dengan minyak.
No comments:
Post a Comment