Saturday, July 30, 2011

Berbudi pada tanah

Daun kesum.
Aromanya sangat wangi.Bahan utama untuk ulam nasi kerabu, laksa kelate, laksam, & kerabu. Selain itu, bahan penyedap kuah laksa penang & asam pedas. Mudah tumbuh terutamanya di kawasan air bertakung


Bunga Telang/Bunga Nasi Kerabu/Bunga Biru
Bunga yang memberikan warna biru untuk nasi kerabu. Warna biru yang sangat cantik berbanding pewarna. Mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

 Pandan
Pewangi dan p.erwarna semula jadi

Lada Solok
Lada @ cili ini mungkin hanya terdapat di Kelantan. Pedas & memang digunakan untuk membuat solok lada & campuran dalam lauk-pauk yang lain.

Friday, July 29, 2011

Alat bantu memasak (ABM)


Mesin pelbagai guna
Agak lama sudah dibeli mesin ini. Lebih kurang berbelas tahun dahulu semasa mengajar di Semporna.. Sebenarnya, saya tidak tahu untuk menggunakan mesin ini. Setelah melayari laman web myresepi & terjumpa resepi mi kuning baharulah teringin cuba. menggunakannya. Alhamdulillah, usaha yang tidak sia-sia. Tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya membuat mi kuning sendiri bermula 30 Julai 2011. Selain itu, mesin ini boleh digunakan untuk buat kulit karipap biasa, kuetiau, kerepek jejari udang tetapi saya belum pernah mencubanya. Dengar-dengar orang bilang saja.


Pengisar makanan(Food Processor)
Pengisar makanan ini dibeli pada Julai 2007 dengan harga RM280 di Panashop, Tawau.. Mungkin model seperti ini sudah out of date. Mesin ini digunakan untuk membuat keropok lekor, fishball, sate ikan @ lokcing. Sebenarnya, banyak lagi kegunaannya tetapi belum lagi mencubanya.

Thursday, July 28, 2011

mi kuning

                                               oleh: hasiah63

 Bahan-bahan ( anggaran 1 kg )
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit
Cara-cara
  1. Air, garam dan pewarna dikacau sebati.
  2. Pecahkan telur ke dalam tepung, kemudian masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh.
  3. Bulatkan menjadi beberapa bahagian kecil, bentukkan memanjang.
  4. Gelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing), buat hingga selesai.
  5. Gelek pula no.1(paling nipis). Sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain.
  6. Gelekkan pula pada mesin bahagian buat mi, pegang semasa gelek doh tersebut supaya mee tidak menjadi keriting.
  7. Celurkan mi ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang 3-4minit.
  8. Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir.
  9. Toskan, apabila kering sedikit barulah gaulkan dengan minyak.

Tuesday, July 26, 2011

sardin roll

Bahan
1 buku roti sandwich panjang
satu sudu besar tepung gandum(campur dgn sedikit air utk buat gam)
1 tin besar sardin
2 biji bawang besar
2 tangkai cili merah
2 biji telur
serbuk roti secukupnya

cara
1.Masak sardin(sila lihat di bahagian karipap pusing)
2.Canai sekeping roti sandwich hingga nipis.
.3. Letakkan sardin di atas roti. Kemudian, gulung dan lekatkan dengan gam tepung gandum.
4. celup sardin roll dalam telur.kemudian lumurkan dengan serbuk roti.
5. goreng @ sejuk bekukan.

Karipap pusing

 *** cawan yg saya gunakan ialah pot beras yg sedia ada dalam rice cooker
Bahan A (Doh Minyak)
***4 cawan   @ 400g tepung gandum
1 cawan air suam
Suku  cawan minyak masak
Setengah sudu KFC  garam
* Gaul tepung dan minyak masak. Masukkan bancuhan air dan garam sedikit demi sedikit sambil diuli hingga sebati. Apabila adunan sudah jadi doh jangan lagi ditambah air. Buatkan bebola2 kecil. (buat 8 bebola kecil)
Bahan B (Doh shortening[lelemak sayur])
1 cawan @ 100g tepung gandum
1 sudu besar shortening

* Gaul & uli hingga menjadi doh yg tak melekit. Sekiranya adunan belum jadi doh, tambahkan shortening. Buatkan bebola2, lebih kecil dari doh minyak. (buat 8 bebola kecil)

Cara:
Ambil setiap bebola dari doh shortening dan masukkan ke dalam bebola minyak yg telah dileperkan hingga menjadi satu bebola yg besar.

Ulang hingga kesemua bebola habis digunakan.
Kemudian ambil sebiji bebola tadi dan canaikan hingga menjadi persegi empat. 
Sesudah itu gulung doh tadi dari kiri ke kanan hingga menjadi seperti swiss roll. 
Setelah itu canai lagi (memanjang) lalu digulung dari kiri ke kanan sekali lagi.

Akhir sekali, potonglah doh ini kpd 4 bahagian mengikut saiz karipap anda. Buat seperti ini kpd kesemua bebola tadi hingga selesai.

Ambil satu gulungan yg telah dihiris/potong tadi dan canai leper. 
Masukkan inti dan tutupkan semula dgn kemas. 

 

Kelimlah dgn teliti
.
Apabila kesemua doh/bebola dah selesai, bolehlah digoreng dgn api yg sederhana.
Karipap ini boleh disejukbekukan.

inti ubi keledek
setengah kilo ubi keledek
satu keping dada ayam(hiris kecil & nipis)
setengah paket serbuk kari ikan
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar sederhana besar
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
1 cawan air(anggaran sahaja)
garam
gula

cara
1. ubi dibersihkan,dibuang kulit & dipotong dadu.
2. Bawang putih & bawang besar dimayang halus.
3.Tumis bawang sehingga garing.
4. Masukkan rempah kari,tambah setengah cawan air & biarkan rempah masak.
5. Masukkan ubi & isi ayam.
6. Masukkan air. Anggaran air boleh menenggelamkan uibi
7. Masukkan gula & garam secukup rasa

inti sardin
1 tin besar sardin(asingkan sos & ikan. Ikannya dihancurkan)
2 biji besar saiz besar(dimayang)
2 tangkai cili merah.(buang biji & mayang halus)
1 biji limau nipis(perah & ambil jusnya)
2 sudu minyak untuk menumis
garam.

cara
1.Tumis bawang besar.& cili sehingga naik bau.
2. Masukkan isi ikan,jus limau nipis & sos ikan
3. Perasakan garam.

Friday, July 22, 2011

Kek Gula Hangus

                      
            resepi diubahsuai daripada ex-classmateku Puan Nona Nawi

Kek gula hangus
Bahannya:
2 cwn gula pasir,
2 cwn air,
1 1/2 tepung gandum (di ayak),
10 biji telur,
setengah tin susu pekat,
4 sudu besar margerin planta,
soda bikarbonat 2 sudu KECIL,
 2 sudu besar esen vanilla.

#pastikan semua bahan adalah fresh dan bukan stok lama
# gunakan cawan yg sederhana saiz nya dan bukan yg terlalu besar.


Utk membuat gula hangus:
Masak gula dgn api sederhana sehingga gula bertukar menjadi perang kehitaman dan berbuih,
dgn perlahan2 masukkan air(hati2)

cara membuat:
pukul planta dgn susu sehingga kembang,
pukul telur sehingga kembang dn mskkan vanilla.
Campurkan adunan planta tadi dgn adunan telur serta masukkan tpg gandum dn soda.
apabila gula hangus sudah cair kesemuanya masukkan ke dlm aduna tepung tadi dn pukul dgn sebati. Rehatkan selama 3 jam.
sapukan bekas dgn planta untuk elak drp melekat.. bakar degn oven dgn suhu sederhana panas atau bakar menggunakan "periuk bengkang" dgn api yg kecil selama 40 min....Selamat Mencuba!!!!