Sunday, April 29, 2012
KEK MARBLE
Bahan - bahan
250 gram vanilla sponge mix
4 biji telur gred B
1/4 cawan susu cair
75 gram mentega yang dicairkan
setengah sudu teh esen vanilla
3 sudu kecil penuh serbuk koko Tudor
Cara - cara
1. Cairkan mentega dengan api yang kecil dan ketepikan.
2. Campurkan vanilla sponge mix, susu cair, dan telur dan pukul hingga gebu.(saya guna mixer kenwood no.3 selama 10 minit)
3. Kemudian masukkan mentega dan kaup balikkan sahaja.
4. bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampurkan dengan serbuk koko. 1 lagi tak campur apa-apa.
5. Ambil 2 senduk bahagian koko dan letakkan di tengah-tengah loyang telah disapu dengan mentega dan dilapik dengan baking paper. Kemudian ambil 2 senduk bahagian 1 lagi dan tindan di atas bahagian koko tadi. Selang-selikan adunan sehingga habis.
6.Bakar pada suhu 180 C selama 40 minit.
selamat mencuba
Saturday, April 28, 2012
Sup Tulang Seladang
Bahan - bahan
1 kg tulang seladang
2 biji buah keras ditumbuk halus
1 sudu besar biji jintan manis ditumbuk halus
1 sudu besar biji ketumbar ditumbuk halus
5 biji bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
setengah labu bawang besar dimayang
2 inci halia diketuk
1 batang serai diketuk
1 paket sup bunjut tulang adabi (dalamnya sudah ada bunga lawang, cengkih, pelaga dan kulit kayu manis)
2 sudu minyak masak untuk menumis
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit ajinomoto @ 2 sudu besar stok ayan pekat maggi (pilihan)
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang,bunga lawang, cengkih, pelaga dan kulit kayu mans .
2. Apabila bawang kekuningan, masukkan bahan yang ditumbuk.
3. Masukkan secawan air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan tulang, halia, serai, sup bunjut, gula dan air(banyaknya sehingga menenggelamkan tulang)
5. Biarkan mendidih sehingga dagingnya empuk.
6. Masukkan garam, ajinomoto @ stok ayam.
7. Hidangkan bersama bawang goreng, hirisan daun sup. dan daun bawang.
Selamat mencuba

Kuih cara
Bahan - bahan
2 cawan tepung gandum
suku cawan susu cair
setengah sudu teh garam
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar planta
7 helai daun pandan saiz sederhana
sedikit minyak masak
gula untuk inti
Cara-cara
1. Daun pandan dipotong dan dikisar bersama 2 cawan air dan ditapis.
2. Bancuh tepung gandum bersama air daun pandan, susu cair, garam, planta dan telur.
3. Tapis adunan.
4. Panaskan acuan cara atau acuan bahulu cermai. Gunakan api yang kecil.
5. lengser acuan dengan minyak dan tuangkan adunan ke dalam acuan.
6. Masukkan setengah sudu kecil gula ke dalam setiap bunga acuan dan tutup dengan tudungnya @ tudung
periuk.
7. Apabila sudah masak, angkatlah dan ulangi langkah 5 dan seterusnya sehingga adunan habis.

Subscribe to:
Posts (Atom)