Sunday, October 16, 2016



CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Resepi Oleh: Cik Cek
Dikongsikan oleh : Ayu
Rujukan : Juicy Cake

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko

Cara
1. Coklat masakan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan brownies yang enak sebaiknya guna coklat masakan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!
             
2.Satukan coklat masakkan dan butter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.

3.Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

4.Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.

5.Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakan dan ratakan.

6.Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.

7.Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inci yang telah di lapik kertas kek dan dioleskan juga dengan butter.


8.Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.

9. Apabila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit



10. Bila dah sejuk, bolehlah dipotong, dihias dan sedia untuk di nikmati.