Sunday, November 18, 2012

KARIPAP PUSING RESIPI 2

karipap pusing RESIPI 2 ( 32 biji)
Cawan yg saya guna ialah pot beras yg sedia ada dalam rice cooker.

Bahan A (Doh Minyak)
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
Suku cawan minyak masak
Setengah sudu KFC garam

Cara2
1. Gaul tepung dgn minyak masak.
2. Masukkan bancuhan air dan garam sedikit demi sedikit sambil diuli hingga sebati dan menjadi doh yg tidak melekit di tangan. Apabila adunan sudah jadi doh jangan lagi ditambah air.
3. Buatkan bebola2 kecil. (buat 4 bebola kecil)
4. Rehatkan sekejap.

Bahan B (Doh shortening[lelemak sayur])
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar shortening

1. Gaul & uli hingga menjadi doh yg tak melekit. Sekiranya adunan belum jadi doh, tambahkan shortening.
2. Buatkan bebola2, lebih kecil dari doh minyak. (buat 4 bebola kecil).
3. Rehatkan sekejap.

Cara:
1. Ambil setiap bebola dari doh shortening dan masukkan ke dalam bebola minyak yg telah dileperkan hingga menjadi satu bebola yg besar.
2. Ulang hingga kesemua bebola habis digunakan.
3. Kemudian ambil sebiji bebola tadi dan canaikan hingga menjadi bulat @ persegi empat.
4. Sesudah itu gulung doh tadi hingga menjadi seperti swiss roll.
5. Setelah itu canai lagi (memanjang) lalu digulung sekali lagi.
6.Akhir sekali, potonglah doh ini kpd 8 bahagian mengikut saiz karipap anda. Buat seperti ini kpd kesemua bebola tadi hingga selesai.
7. Ambil satu gulungan yg telah dihiris/potong tadi dan canai leper.
8. Masukkan inti dan tutupkan semula dgn kemas.
Kelimlah dgn teliti.
9. Apabila kesemua doh/bebola dah selesai, bolehlah digoreng dgn api yg sederhana. Dilarang guna api besar kerana karipap anda akan berjerawat & pusingnya x jadi.

Karipap ini boleh disejukbekukan.

inti ubi keledek
setengah kilo ubi keledek
satu keping dada ayam(hiris kecil & nipis)
setengah paket serbuk kari ikan
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar sederhana besar
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
1 cawan air(anggaran sahaja)
garam
gula

cara
1. ubi dibersihkan,dibuang kulit & dipotong dadu.
2. Bawang putih & bawang besar dimayang halus.
3.Tumis bawang sehingga garing.
4. Masukkan rempah kari,tambah setengah cawan air & biarkan rempah masak.
5. Masukkan ubi & isi ayam.
6. Masukkan air. Anggaran air boleh menenggelamkan ubi
7. Masukkan gula & garam secukup rasa

*** sekiranya guna ubi kentang, potong dadu kecil2 & rebus hingga empuk dulu. Toskan. Kemudian masukkan dalam rempah yg sudah masak. Tidak perlu tambah air yg banyak.

inti sardin
1 tin besar sardin(asingkan sos & ikan. Ikannya dihancurkan)
2 biji besar saiz besar(dimayang)
2 tangkai cili merah.(buang biji & mayang halus)
1 biji limau nipis(perah & ambil jusnya)
2 sudu minyak untuk menumis
garam.

cara
1.Tumis bawang besar.& cili sehingga naik bau.
2. Masukkan isi ikan,jus limau nipis & sos ikan
3. Perasakan garam.